Selasa, Mac 18, 2014

Majlis Mesra Ukhwah PKPIM dan Gerakan Mahasiswa Islam.

Logo
Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM)
.

Presiden PKPIM:
Saudara Aliemran Norasid.
Dari kiri, Presiden GAMIS, PKPIM, PEMBINA, IKRAM 
Siswa dan HALUAN Siswa. Malam yang bersejarah: 
Kebenaran yang tidak tersusun akan ditumpaskan 
kebatilan yang tersusun. Maka, kami akan
terus menyusun!
Bukan selalu kita lakukan begini, moga ada rahmat-NYA. 
Tatkala wujud kekeliruan yang melanda umat, semoga 
kita dapat bertukar-tukar pandangan dan menerima 
seadanya perbezaan pandangan 
dengan hikmah.
Majlis Mesra Ukhwah PKPIM dan Gerakan Mahasiswa Islam. 
Alhamdulillah, pada 11hb Mac 2014, Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) bersama-sama Pimpinan Gerakan Mahasiswa Islam seramai 30 orang telah mengadakan satu pertemuan bagi mengeratkan hubungan antara Gerakan Mahasiswa Islam serta membincangkan isu-isu yang berlaku di dalam dan luar negara. Antara Pimpinan Gerakan Mahasiswa Islam yang terlibat adalah Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (GAMIS), Persatuan Belia Islam Nasional (PEMBINA), IKRAM Siswa dan HALUAN Siswa. Majlis pertemuan pada kali ini telah diadakan di Pejabat PEMBINA, Kajang dan dipengerusikan oleh Saudara Khairul Anuar Abdul Manap, Setiausaha Agung PKPIM.
Selain berkenal-kenalan antara sesama Pimpinan Gerakan Mahasiwa Islam, sesi Ucapan Presiden bagi setiap wakil ‘front’ turut diadakan. Masing-masing mengharapkan agar kesepakatan bersama-sama dalam membawa isu yang melingkari umat dengan mengambil kira orientasi gerakan masing-masing.
Antara intipati Ucapan Saudara Muhamad Aliemran Norasid, Presiden PKPIM adalah kita berharap agar kesepakatan ini dapat memaparkan solidarity mahasiswa Islam dalam memperjuang isu-isu agama dan bangsa di Malaysia. Medium bertukar-tukar pandangan ini dapat kita teruskan agar keterikatan kita sesama Mahasiswa Islam dapat diperkukuh.
Semoga usaha murni ini dapat diteruskan dan menjadi benteng kepada kehangatan pertarungan fikrah dan pertempuran idea yang benar-benar sengit melanda negara kita dan dunia amnya.
Amin dan in sya ALLAH.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...