Selasa, Mac 25, 2014

ABIM Lakukan Kunjungan Hormat ke Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa.

Logo 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Logo
Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS).
 
Presiden ABIM: 
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan.
Naib Presiden ABIM: 
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim.
Naib Presiden ABIM: 
Saudara Jufitri Joha.
Naib Presiden PKPIM:
Saudara Mohd Syazwannuddin Bin Shaharuddin.
Prof Dato’ Dr Mahani: Ketika hayatnya, Allahyarhamha merupakan Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan 1Malaysia, Pesuruhjaya Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat, Timbalan Presiden Persatuan Ekonomi Malaysia dan anggota International Steering Committee for the Pacific Trade & Development (PAFTAD).
1hb Ogos 2012: ABIM menerusi Saudara Raimi dan Saudara Jufitri sebelum ini telah mengadakan pertemuan dengan Prof Dato’ Dr Mahani (Allahyarhamha), Pengarah ISIS bagi membincangkan usaha kerjasama strategik di antara ABIM dan ISIS. Sesungguhnya, Allahyarhamha merupakan seorang tokoh pakar ekonomi wanita yang telah banyak menyumbang kepakarannya dalam bidang ekonomi kepada Negara. Al-Fatihah sekudusnya.
2014: Saudara Syazwan, Saudara Raimi dan
Saudara Jufitri bergambar kenangan bersama
Tan Sri Rastam Isa, Pengarah Eksekutif ISIS.
ABIM Lakukan Kunjungan Hormat ke Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa.
Alhamdulillah, pada 25hb Mac 2014, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah mengadakan kunjungan hormat ke Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa Malaysia (ISIS), Kuala Lumpur. ISIS merupakan kumpulan pemikir (think-tank) utama Malaysia yang ditubuhkan pada 8hb April 1983. Merupakan sebuah organisasi yang bersifat autonomi dan tidak berasaskan keuntungan, ISIS terlibat dengan kajian berkenaan dasar yang bebas dan objektif. ISIS Malaysia terlibat dalam menjalankan kajian dasar dan analisis dalam lima bidang utama iaitu: ekonomi; dasar luar dan kajian keselamatan; dasar sosial; serta teknologi, inovasi, alam sekitar dan pembangunan yang mapan.
Institut tersebut juga mengadakan program dialog dan mempromosikan pertukaran pandangan serta buah fikir dalam suasana yang kondusif pada peringkat kebangsaan mahupun antarabangsa. ISIS juga mengadakan kerjasama dalam melakukan kajian bersama pertubuhan-pertubuhan di dalam dan luar negara serta menjalinkan kerjasama serta jaringan dalam urusan diplomasi secara tidak rasmi [non-official (or Track Two) diplomacy].
ABIM turut mengadakan pertemuan dengan Tan Sri Rastam Mohd Isa, Ketua Eksekutif institut tersebut. Tan Sri Rastam merupakan mantan Setiausaha Agung, Kementerian Luar Negeri selain pernah menjawat beberapa jawatan lain seperti Pesuruhjaya Tinggi ke Pakistan; Duta ke Bosnia-Herzegovina dan Indonesia; serta sebagai wakil tetap ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).
Secara umumnya, Tan Sri Rastam menghargai kunjungan ABIM, selain menekankan berkenaan kepentingan untuk sesebuah pertubuhan itu mempunyai fokus dan objektif utama dalam menggerakkan sesuatu isu. Hal ini penting, menurut beliau, bagi memastikan resolusi yang lebih praktikal dapat diketengahkan. Beliau turut menyatakan keterbukaan ISIS untuk membina jaringan dengan generasi muda, demi kemaslahatan bersama. Syukur.
.         

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...