Jumaat, Mac 28, 2014

ABIM dan MRA Hantar Delegasi ke Sidang ACSC di Myanmar.

Logo 
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
Presiden ABIM: 
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan.
Ketua Biro Tugas-Tugas Khas (Kesihatan) ABIM:
Dr Shahrizal Azwan Samsudin.
Di Myanmar terdapat ramai banduan 
yang dipenjara akibat politik. Ada yang dipenjara 
bertahun-tahun dan didera.
Dr Shahrizal Azwan di Lapangan Terbang Yangon, 
Myanmar bersama Dato Dr Razak Kechik dan 
Saudara Mohd Iqbal Abu Bakar, mewakili 
Malaysian Relief Agency (MRA).
Gambar dari kiri ke kanan: Dr Shahrizal Azwan
(Pengarah Perubatan MRA) , H.E. Dr. AKP Mochtan
(Timbalan Setiausaha Agung ASEAN) dan Dato’ Dr Abdul
Razak (Presiden MRA).
Mereka adalah beratus sukarelawan dan belia yang memastikan perjalanan ACSC 2014 di Myanmar berjaya. Mereka tidak dibayar gaji, masih belajar dan masih muda. Kebanyakan mereka sangat cakna dengan politik kenegaraan, mahir isu semasa dan berani bersuara.
Makan tengahari dalam pek makanan, kena beratur. Guna sistem kupon untuk ambil makanan. Duduk kat meja lipat sahaja. Sendiri buka meja. Ada satu lauk ayam dan satu sayur. Minum air mineral botol. Jimat. Ini senario konvensyen antarabangsa luar negara. Ringkas tetapi bermakna.
Di hadapan Restoran Nilar di Yangon, Myanmar. Di sebelah Dr Azwan ialah Prof Dr Kamarulzaman Askandar. Beliau adalah di antara individu yang bertanggungjawab memungkinkan pendamaian di antara grup pejuang pembebasan Bangsamoro dan Kerajaan Filipina dan Pejuang pembebasan Acheh (GAM) dan Indonesia.
ABIM Hantar Delegasi ke Sidang ACSC di Myanmar.
Angkatan Belia Islam Malaysia telah menghantar wakil ke Persidangan Masyarakat Sivil ASEAN - ASEAN Civil Society Conference (ACSC) yang berlangsung di Pusat Persidangan Myanmar, Yangon selama dua hari.
ACSC akan dianjurkan di Malaysia tahun depan 2015 sempena Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN. Aktivis masyarakat madani Muslim Malaysia harus lebih aktif membincang dan memperjuangkan isu-isu kemanusian dan kerakyatan seperti ‘human trafficking’; ‘stateless people’; ‘hatred speech’; ‘indigenous people’; alam sekitar; pencari suaka (asylum seeker) dan pelarian.
Sewaktu ACSC Myanmar, beberapa isu sensitif diadvokasikan secara agresif termasuk LGBT dan yang paling memeningkan ialah pekerja seks (sex worker) menuntut hak mereka untuk diiktiraf sebagai profesyen yang menyumbang aktif kepada ekonomi ASEAN. Terdapat pelbagai isu yang baik diketengahkan seperti hak kebebasan bersuara, Demokrasi, force migration, isu persekitaran dan ekologi, kebebasan agama, hak wanita, orang asli dan pembangunan belia. 
Ada juga isu yang kita sukar untuk beri sokongan. Di sini sokongan terhadap LGBT adalah sangat kuat. Ia juga salah satu daripada advokasi terkuat sehinggakan seolah-olah LGBT ini hidup dan mengakar di dalam masyarakat sivil. 
Secara umumnya, penyertaan ke sidang ini adalah penting bagi tujuan memahami lobi Kumpulan ‘Lesbian, Gay, Bisexual, dan Transgender’ (LGBT) mengenai cadangan berkaitan penerimaan ‘Sexual-Orientation and Gender Issues’ (SOGI) di ASEAN. Memandangkan sudah ada beberapa negara yang membenarkan perkahwinan sejenis, adalah penting untuk kita bersama berjuang menentang usaha melakukan perkara yang ditegah oleh agama dan nilai moral kemanusiaan ini.

-----------------------------------------------
Sumber:
  1. https://www.facebook.com/shahrul.peshawar;
  2. https://www.facebook.com/MalaysianReliefAgency;
  3. https://www.facebook.com/shahrizalazwansamsudin.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...