Selasa, April 30, 2013
Jumaat, April 26, 2013
Ahad, April 21, 2013
Liga Juara Hot FM-100 Plus dan Penamaan Calon PRU 13.
1996: Azman Adnan sewaktu beraksi bersama Selangor FA. Kenangan. |
Sesi menandatangani jersi oleh Azman Adnan, antara penyerang terbaik dalam sejarah Liga Malaysia. http://chedinsphere.blogspot.com/2011/10/penyerang-terbilang-azman-adnan.html |
Azman Adnan dan jersi Selangor 1997. Terbaik. |
1997: Bersama Datuk Aini Taib, memegang Trofi Piala FA. |
AG, FBI, Azman Adnan dan Anuar Abu Bakar bergambar kenangan. |
Bersama para sahabat-penyokong sejati Liga Malaysia. |
Iklan Liga Juara Hot FM-100 Plus. |
2012: Safee Sali, sewaktu mewakili Pelita Jaya FC, Indonesia. |
Safee Sali, bekas penyerang Selangor FA dan Pelita Jaya FC. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/10/2005-2006-aksi-super-safee-sewaktu.html |
Safiq Rahim, ketua pasukan skuad kebangsaan. |
Safiq Rahim, pernah menabur jasa bersama Selangor FA. Semoga beliau bangkit semula dan membuktikan keupayaannya yang sebenar. |
Safee Sali dan Safiq Rahim, Duta 100 Plus Malaysia. |
2012: Datuk RG dan Safiq dalam satu sidang akhbar.
Safiq, Apex dan Safee, sewaktu pelancaran jersi baru belang hitam-kuning Malaysia, 2012.2013: Safiq Rahim sewaktu menentang Arab Saudi. Beliau menjaringkan gol saguhati untuk pasukan kebangsaan. http://chedinsphere.blogspot.com/2013/03/aksi-pertama-piya-untuk-harimau-malaya.html Mubin Mokhtar, sewaktu beraksi untuk Tok Gajah. Beliau mengikuti jejak Alif Bersaudara, sebagai anak Terengganu yang beraksi untuk Pahang FA. http://chedinsphere.blogspot.com/2013/01/anugerah-kasut-emas-1984.html |
Mubin Mokhtar, hero Pahang yang menajringkan gol padu sewaktu Malaysia seri 1-1 dengan Arab Saudi sewaktu Kelayakan Piala Dunia 1994. Beliau pernah beraksi untuk Selangor pada 1996, menggantikan Josip Biskic: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-josip-biskic.html |
1996: Mubin beraksi menentang Melaka sewaktu mewakili The Red Giants. 1994: Anuar Abu Bakar sewaktu mewakili Selangor FA. 1993: Anuar ketika beraksi dalam Liga Semi-Pro. | ||
Anuar Abu Bakar, lagenda Selangor-Johor. Beliau pernah beraksi bersama Ervin Boban: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-ervin-boban.html
|
Saudara Syafeque Azhar bersama Rusdi Suparman dan jersi Selangor 1993 nan langka (rare). |
1993: Zolsts Bucs, pemain import Selangor FA yang menyertai Pahang FA pada 1997 dan berdepan dengan pasukan lamanya sewaktu Final Piala Malaysia 1997.
-----------------------------------------------------------------------------
Liga Juara Hot FM-100 Plus dan Penamaan Calon PRU 13, 20hb April 2013.
| ||
1995: David Mitchell meraikan kemenangan Piala Malaysia bersama Rusdi. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-david-mitchell.html |
Skuad gemilang Selangor, 1996. http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-mehmet.html |
Liga Juara Hot FM-100 Plus dan Penamaan Calon PRU 13, 20hb April 2013.
I
Alhamdulillah,
dalam keadaan kesihatan fizikal yang kurang sihat (demam), saya sempat juga
menyaksikan Kejohanan ‘Liga Juara Hot FM-100 Plus’ yang dianjurkan di
Ferro Futsal, Subang Jaya bersama beberapa orang sahabat. Antara yang terlibat
dengan liga ini ialah penyampai Hot FM, selebriti dan bekas pemain bola sepak
tempatan seperti Azman Adnan, Mubin Mokhtar, Anuar Abu Bakar dan Asmawi Bakiri.
Safiq Rahim dan Safee Sali – yang mendapat perhatian ramai - hadir selaku Duta
100 Plus.
Air 100 Plus diberikan secara percuma sewaktu Liga Juara. |
Liga Juara Hot FM-100 Plus 2013. |
Peta lokasi Ferro Futsal. |
II
‘Ferro Futsal’ merupakan
pusat kemudahan futsal terbesar di Subang Jaya, dengan 8 buah gelanggang futsal
dengan saiz standard dan sebuah gelanggang futsal yang bertaraf FIFA. Pusat
futsal ini mempunyai keluasan 82,400 kaki persegi dan asalnya adalah sebuah
gudang. Ferro Futsal terletak di Blok A, Lot 36545, Jalan TS 6/1, Taman
Perindustrian Subang, 47510 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Kepada yang
tidak pernah ke pusat futsal ini, bolehlah menggunakan bangunan Pusat
Beli-Belah The Summit USJ, Balai
Polis USJ 8 dan Kilang Mamee-Double
Decker sebagai ‘mercu tanda’ (landmark) untuk dibuat rujukan pada aplikasi ‘Google Maps’.
Iklan muhibbah yang tersirat. |
Pokok perpaduanisme. |
III
Sementelahan,
20hb April 2013 juga merupakan hari penamaan calon Pilihan Raya Umum (PRU)
ke-13 bagi seluruh negeri dalam Malaysia untuk kesemua parti politik yang
bertanding. Saya agak gusar juga dengan perkembangan politik semasa di tanah
air kita semenjak-dua menjak ini, apabila terdapat ramai yang secara semberono
mengongsikan berita-artikel-gambar dalam Facebook, Twitter dan blog tanpa
mengkaji-selidik terlebih dahulu akan kesahihannya. Ya, setiap individu
mempunyai hak untuk mempercayai apa yang kita yakini betul. Tetapi, kita tidak
boleh secara wewenang menuduh tanpa bukti yang kukuh. Ia boleh jadi fitnah dan
boleh jadi qazaf. Berpolitiklah dengan kesederhanaan dan rasa kehambaan.
Bersama kita tolak politik fitnah, lucah dan rasuah. Sayangi Malaysia, yakini
ALLAH SWT. Hidup Malaysia kita. Padu!
----------------------------------------------------------------------
Sumber dan pautan:
- http://www.facebook.com/aedhil.nizan?hc_location=timeline;
- http://www.facebook.com/media/set/?set=a.4729657007560.1073741831.1478766114&type=1;
- http://www.hotfm.com.my/hotfm_promo/Liga_Juara_Hot_FM_100_Plus_Lokasi.html;
- http://www.facebook.com/my100plus/photos_stream;
- http://www.facebook.com/md.duang/photos;
- http://www.facebook.com/king.kheiriel?fref=ts.
Langgan:
Catatan (Atom)
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...
-
Meluaskan Pengaruh Sememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawai yang mengukur keberhasilan dan keceme...
-
Nostalgia Liga Malaysia: Shahril Arsat. Shahril Arsat merupakan anggota skuad ‘ treble ’ Piala Malaysia 1995, ...
-
“ Dalam suatu budaya demokrasi… prasangka orang yang tidak mengetahui adalah lebih senang untuk dihapuskan daripada prejudis orang yang be...