SALAH
BACA QURAN.
Mohamed
Salah terkenal sebagai seorang pemain bola sepak yang berbakat dan berpengaruh.
Bukan sahaja di Mesir – negara asalnya, tetapi juga di seluruh dunia.
Baik
ketika beraksi di Serie A mahupun Liga Perdana Inggeris, beliau tidak kekok
membawa Kitab Suci Al-Quran untuk dibaca, khususnya ketika waktu lapang seperti
sewaktu menaiki pesawat.
--------------------------
Sikap
positif seperti ini yang perlu kita contohi, bukan dengan menjadikan video atau
‘posting’ merepek ‘trending’ mahupun tular di arena media sosial.
Masih
ingat tak lagi Bobo, Syasya Solero dan Cikgu Shida? Ya, mereka meniti puncak
populariti sekelip mata kerana: KITA.
Dan,
mereka juga hilang dari radar blogosfera, twitterjaya dan sekalian akaun media
sosial; juga kerana kita.
Mereka
nak berjaya atau kaya dengan perniagaan; itu rezeki mereka. Tetapi bukan dengan
melakukan projek pembodohan masyarakat sehingga memalukan anak bangsa.
Kita
semua perlu mainkan peranan; agar pemilik ‘content’ asal tidak memperoleh apa
yang mereka mahukan – publisiti, perhatian serta pemasaran percuma.
Supaya
iklan, drama, telefilem, dunia seni negara dan yang paling penting, hidup kita
-- dapat diselamatkan daripada segala naskah sampah yang menyakitkan hati dan
mata.
Kerana
harta kita adalah maruah. Dan penyelamat kita adalah iman.
Selamat
sedar, Malaysiaku.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan