Selasa, Februari 20, 2018

FORUM ANJURAN ABIM DAPAT LIPUTAN TV9.



Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
FORUM ANJURAN ABIM DAPAT LIPUTAN TV9.
Alhamdulillah, Siri ABIM Global Forum bertajuk “Kashmir: The Forgotten Conflict” yang diadakan di Sekretariat ABIM Pusat, Taman Cemerlang, pada 7hb Februari 2017 (Rabu), telah mendapat liputan TV9.
Sesungguhnya, dunia wajar membuka mata kepada isu dan kesengsaraan warga Kashmir yang semakin dilupakan.
Dengan begitu banyak konflik berlaku pada abad ini selain apa yang berlaku melibatkan etnik Rohingya dan rakyat Syria, Yaman dan Palestin; penindasan dan kesan keganasan di Kashmir pula telah berlarutan dan telah menjangkau selama 72 tahun.
Wilayah yang ditadbir Pakistan-India ini kelihatannya tidak mendapat sorotan serta perhatian sewajarnya oleh masyarakat antarabangsa.
Forum ini menampilkan Sdr. Muzammil, ialah anak kepada tokoh pejuang pembebasan Kashmir, Ayub Thakur yang dipenjarakan dan dibuang oleh India.
Isteri beliau pula, Shaista Safi merupakan aktivis pembela wanita dan kanak-kanak Kashmir.

Beliau ialah anak kepada Ghulam Muhammad Safi, Pengerusi Hurriyet Conference iaitu gabungan politik dan NGO terbesar pembebasan Kashmir.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...