Selasa, Februari 20, 2018

BEKAS YDP ABIM PERLIS KEMBALI KE RAHMATULLAH.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
BEKAS YDP ABIM PERLIS KEMBALI KE RAHMATULLAH.
25hb Januari 2018: Dukacita, dimaklumkan bahawa sahabat kita, Allahyarhamhu Cikgu Najid Omar (bekas YDP ABIM Perlis dan Setiausaha Majlis Belia Malaysia Perlis) telah kembali ke Rahmatullah pada pukul 5 pagi. Jenazah beliau dikebumikan di tanah perkuburan sebelah Masjid Guar Gajah, berdekatan dengan rumahnya (Taman Bersatu) dalam jam 11 pagi.
Bacaan tahlil untuk Allahyarhamhu juga dijalankan oleh anak-anak murid beliau di SMA Al-Maad. Moga pahala ilmu yang dimanfaatkan berterusan walau sudah berpisah alam.
Seorang sukarelawan yang hebat juga pemimpin belia yang merendah diri. Moga amal bakti jadi bekalan. Juga seorang yang budiman dan berjasa kepada Ummat.
Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Al-Fatihah sekudusnya.
Semoga Islam terus berkembang mekar; harum mewangi menyebarkan keamanan dan kesejahteraan ke sekalian alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...