Logo ABIM.
|
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim,
Presiden ABIM. Juga mantan
ABIM
DAN NGO BAHTERA SERU PROGRAM DWI BAHASA (DLP) DIMANSUHKAN!
13hb
Februari 2018 (Selasa): Alhamdulillah, akhbar harian Tamil Malar; Tamil Nesan;
dan Makkal Osai telah membuat liputan berkenaan Majlis Peluncuran Gabungan
Badan Bertindak Bahasa Identiti Kita (BAHTERA).
Video
pelancaran tersebut boleh ditonton di sini:
Program
ini berlangsung pada 12hb Februari 2018 (Isnin) di Dewan Perhimpunan Cina Kuala
Lumpur dan Selangor (KLSCAH), di mana pimpinan ABIM dan PKPIM telah berperan
serta dalam majlis tersebut.
Gabungan
yang turut disertai oleh ABIM, PKPIM, GAPENA, PENA dan NGO pelbagai agama dan
kaum ini, telah bersetuju untuk menyatukan tenaga dan bergabung bagi memastikan
Program Dwi Bahasa (Dual language Program – DLP) dimansuhkan.
Program
DLP adalah program yang tidak akan mencapai hasrat dan objektif sebenar, selain
merupakan ulang tayang dan jelmaan semula Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan
Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
BAHTERA
dipengerusikan oleh Pengerusi Bersama – Dato’ Zainal Abidin Borhan, Sdr.
Stanley Yong Yew Wei dan Sdr. M. Tamil Selvan.
#Keranda152
*
Sumber: Kami Ahli Naam Tamilar Malaysia
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan