Selasa, Februari 20, 2018

ALI SETAN, TIADA LAGI.


ALI SETAN, TIADA LAGI.
Sekitar 2003, ketika mewakili sekolah dalam pertandingan nasyid di Masjid Biru, Shah Alam, mata saya terpaku pada satu sosok tenang yang berjambang, berserban dan berjubah putih.
Semuanya putih dan bersih. Sebersih dan setenang wajahnya.
Ketika itu, beliau membuka reruai (booth) menjual produk Islami. Saya terus menjabat tangannya dan bertanya tanpa berfikir.
Terpacul dari mulut saya, "Abang ni, Ali Setan ya?"
Dia gelak, dan mengangguk, mengiyakannya dengan mesra.
-----------------------
Pemergian Allahyarhamhu Ustaz Azmil Mustapha adalah bukti jelas, bahawa siapa pun kita pada masa lampau; yang penting adalah kita berubah untuk jadi lebih baik pada hari ini.
Usah risau tentang bagaimana kita bermula. Sebaliknya, doakanlah pengakhiran yang baik -- untuk kita semua.
Selamat pulang ke kampung asal, Tuan. Kami akan menyusulimu.
Innalillahi wainna ilaihi rajiun,
Al-Fatihah sekudusnya.
----------------------------------------
AZMIL MUSTAPHA (PELAKON DAN PENDAKWAH) MENINGGAL DUNIA.
Pelakon era 1980-an, Azmil Mustapha meninggal dunia akibat sakit jantung di Shah Alam, jam 1 tengah hari pada 14hb Februari 2018.
Pelakon yang kemudiannya tampil sebagai pendakwah ini pernah dianugerahkan Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-6 pada tahun 1986.
Namanya mula meniti di bibir para peminatnya setelah muncul dalam filem Ali Setan, arahan Tan Sri Jins Shamsuddin yang diterbitkan pada tahun 1986.
Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
Al-Fatihah sekudusnya.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...