Selasa, Februari 20, 2018

ABIM DAN FGIS TERIMA ANUGERAH KHAS JABATAN PERPADUAN NEGARA.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
ABIM DAN FGIS TERIMA ANUGERAH KHAS JABATAN PERPADUAN NEGARA.
11hb Februari 2018 (Ahad): Alhamdulillah, ABIM dan FGIS menerima Anugerah Khas daripada Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional (JPNIN), di atas sumbangan kepada usaha-usaha memupuk perpaduan di Malaysia.
Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim dan kesemua ketua badan gabungan hadir bagi menerima penghargaan secara bersama, yang disampaikan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Joseph Kurup.
Beliau mewakili Timbalan perdana Menteri, Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi yang tidak dapat hadir.
ABIM melalui platform YIGA (Young Interfaith Group of ABIM) akan terus konsisten dalam menggerakan agenda “Kepelbagaian Dalam Bingkai Kesatuan” ini menerusi Friendship Group for Inter-faith Services (FGIS) dan Majlis Belia Malaysia (MBM); melalui penglibatan anak muda di kampus mahupun di negeri.
FGIS ditubuhkan pada 2001 sebagai jaringan tidak formal antara badan agama utama di negara ini iaitu, Islam, Buddha, Kristian, Hindu dan Sikh.
Matlamat penubuhan FGIS ialah memupuk keharmonian antara agama dan menegakkan nilai manusiawi, iaitu dengan cara membantu golongan yang memerlukan dan menyumbang terhadap pembangunan negara.

FGIS melihat isu-isu kontroversi menerusi sudut berbeza, daripada mencari perbezaan dan bertelagah, mereka mencari alasan untuk bersatu.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...