MASIH
INGAT TAK LAGI MASA LALU?
Masih
ingat tak lagi Bobo, Syasya Solero dan Cikgu Shida?
Ya,
mereka meniti puncak populariti sekelip mata kerana: KITA.
Dan,
mereka juga hilang dari radar blogosfera, twitterjaya dan arena maya; juga
kerana kita.
Tuan-tuan,
maka sebenarnya pilihan untuk hidup di media sosial ini mudah saja: komen,
kongsi, kutuk, puji sehingga sesuatu posting dan video itu menjadi viral.
Atau
abaikan saja dan lupakan mereka. Biar hanyut ditelan dek taufan dan arus zaman.
Benar
Tuan-tuan; jika kita memilih untuk tidak berbicara tentang perkara yang tak
perlu, video jutawan kosmetik, lancar tudung di kelab malam dan lapar cendol
pun tak boleh nak pergi mana.
Jika
tidak, akhirnya kita sekadar memilih untuk memberikan apa yang pemilik content
asal mahukan: perhatian dan pemasaran percuma.
Kita
semua perlu mainkan peranan.
Supaya
iklan, drama, telefilem, dunia seni negara dan yang paling penting, hidup kita
-- dapat diselamatkan daripada segala naskah sampah yang menyakitkan hati dan
mata.
Selamat
sedar, Malaysiaku.
#IslamItuDamai
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan