Selasa, Februari 20, 2018

DELEGASI PIMPINAN ABIM ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KEPADA DUTA BAHARU REPUBLIK TURKI KE MALAYSIA.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
DELEGASI PIMPINAN ABIM ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KEPADA DUTA BAHARU REPUBLIK TURKI KE MALAYSIA.
14hb Februari 2018 (Rabu): Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim telah mengetuai delegasi Ahli Jawatankuasa Pusat (AJKP) ABIM, dalam sesi kunjungan hormat kepada Duta Republik Turki ke Malaysia, Dr. Merve Safa Kavakçi. Seorang yang berwawasan jauh dan berfikiran ummatik.
Antara lain, kunjungan ini bertujuan mengalu-alukan kehadiran beliau selaku duta baharu ke Malaysia, selain membincangkan pelbagai bentuk kerjasama serta perkongsian pandangan yang boleh dijalinkan bersama ABIM. Hal ini bagi memperteguhkan kerjasama rakyat Turki - Malaysia.
Dalam arena politik negara Turki, beliau pernah berhadapan dengan kontroversi pada tahun 1999, bila mana beliau pernah diusir keluar dari Dewan Parlimen oleh Timbalan Parti Demokratik Kiri (DSP) kerana hadir di parlimen dengan memakai tudung, semasa upacara mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Turki.
Hanya kerana tindakannya mencabar kerajaan terdahulu Turki berhubung isu tudung itu, beliau telah diusir keluar dari parlimen dan status kewarganegaraan Turki nya dilucutkan.
Dr. Merve atau sebutan sebenar namanya, “Marwah” (merujuk kepada Bukit Safa dan Marwah di Mekah) merupakan graduan dari Universiti Harvard dan pernah menjadi profesor di Universiti George Washington.

Semoga Islam terus berkembang mekar; harum mewangi menyebarkan keamanan dan kesejahteraan ke sekalian alam.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...