Selasa, Februari 20, 2018

KEBANGGAAN MALAYSIA: KUZAIN LAWAN DROGBA.


KEBANGGAAN MALAYSIA: KUZAIN LAWAN DROGBA.
Bukan mudah untuk menyaksikan pemain kita beraksi di luar negara.
Wan Kuzain Wan Kamal, pemain berdarah Malaysia kelahiran Carbondale, Illinois yang menetap di Amerika Syarikat dan berumur 20 tahun. Beliau kini bermain untuk di Kelab Sporting Kansas City.
Bukan calang-calang saingan, Kuzain beraksi menentang Phoenix Rising SC yang turut dibintangi oleh Didier Drogba, dalam perlawanan pra-musim.
Beliau membantu Sporting KC untuk menewaskan Phoenix Rising, 2-1.
Drogba kini merupakan pemilik/pemain kelab Phoenix Rising FC yang bersaing dalam United Soccer League (Liga Divisyen 2, Amerika Syarikat).
Perlawanan seterusnya, Sproting KC akan berentap pula dengan New England Revolution pada hari Khamis, pukul 1 pagi waktu Malaysia.
Selamat maju jaya buat Kuzain, moga menjadi inspirasi buat lebih ramai anak tempatan, menimba pengalaman dan memperkukuh kematangan mentaliti di tempat orang.
RBS: Adakah Kuzain perlu terus beraksi dengan pasukan Amerika Syarikat jika diberi peluang, atau menabur bakti bersama skuad Harimau Malaya?
Apa pandangan anda?
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...