Selasa, Jun 24, 2014

Riuh di Brazil dan Rakaman Scoreboard (TV3).

I
Siaran Langsung Scoreboard (TV3) bersama Abg Jamsari Sabian.
23hb Jun 2014: Meskipun sedikit ralat kerana perlawanan persahabatan antara Kelab Jersi Kita (KJK) dan LCFC (Pilihan Ex-Selangor dan Artis) di Stadium Mini 3K MPSJ, Subang Jaya, terpaksa dibatalkan atas sebab-sebab teknikal, alhamdulillah, semalam sempat bersiaran langsung dalam program ‘Scoreboard’ (TV3) di Sri Pentas – pada jam 12.30 pagi, bersama Abg Jamsari Sabian, bekas penjaga gol Selangor, MPPJ FC dan kebangsaan yang berjasa.
‘Scoreboard’ kali ini membincangkan topik santai, ‘Demam Bola Sepak Piala Dunia’, berkenaan bagaimana para peminat bola sepak membahagikan masa waktu kerja, menonton, melakukan aktiviti harian dan tidur, Pada waktu yang sama juga berlangsung perlawanan siaran langsung Kumpulan B antara Belanda dan Chile.
Terima kasih buat Kru Scoreboard tv3 new official yang banyak membantu. Syukur. Juga, Selamat Hari Lahir, buat Bro Tabah Sazwan yang budiman; semoga terus sakti dan istiqamah. Bersama memartabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu.

II
Rakaman Scoreboard (TV3) bersama 
Kelab Jersi Kita (KJK).
22hb Jun 2014: Terdahulu, kelmarin, saya bersama tiga orang Sahabat Kelab Jersi Kita (KJK): Bro Megat, Bro Shah dan Bro Faeez sempat ditemubual dalam rakaman Scoreboard (TV3) di Restoran Al-Safa Bistro, Bandar Utama. Juga, topik yang sama menjadi intipati temubual kami, berkenaan pembahagian masa bekerja dan menyaksikan perlawanan Piala Dunia di kedai-kedai pada waktu pagi. Terima kasih diucapkan kepada Bro Suhaili Sulaiman dan Kru Scoreboard tv3 new official. Syukur.


IV
Pertubuhan Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) telah melancarkan Kempen #SaveTheChildrenOfSyria bertujuan untuk membela nasib kanak-kanak Syria sekaligus untuk menyedarkan orang ramai terhadap kezaliman berlaku di Syria. 
Revolusi berdarah di Syria ini telah masuk tahun ketiga dan telah mengorbankan hampir 160,000 nyawa. Jumlah ini termasuk 11,000 daripadanya adalah kanak-kanak.
Sumbangan boleh disampaikan melalui:
Maybank: SALAM SURIAH RESOURCES
No. Akaun : 5645-5733-8496
No. Telefon: 03-41416732 / 013-2226057
* Untuk mendapatkan resit pengecualian cukai, sila emelkan kepada MLL4S: nama penuh, alamat, nombor telefon dan bukti sumbangan. 
Mari kita berbakti untuk ummah: sekecil-kecil yang kita lakukan tapi besar dari pandangan ALLAH SWT, in sya ALLAH. Teruskan membantu rakyat Syria.


Naib Presiden ABIM merangkap 
Pengerusi MLL4S: Saudara 
Jufitri Joha. Juga Penerima Anugerah 
Perdana Belia Negara (Kategori 
Lelaki) 2014.
“Jangan tengok, wahai anak patungku! 
Semua yang menakutkan ini akan 
berakhir dengan segera…” 
Anak kecil ini berasal dari Idlib. Di sebelah anak kecil ini bukan sahaja kasut beliau, tetapi juga kakinya. Anak ini dalam keadaan terkejut sehingga tidak mampu merasa sakit, berlumuran darah di bumi Syria.
2000 selimut tebal dan tilam: 
Misi konvoi sulung MLLFS. 
Wakil delegasi bergambar di hadapan lori yang membawa bekalan 8 tan gandum untuk masuk ke Syria. Ketika ini semua lori-lori dari Turki sedang beratur di sempadan Turki-Syria untuk memasuki Syria dari Bab al-Hawa. Delegasi kali ini membawa sumbangan sebanyak RM400, 000 atau Euro100,000. 
Liputan dalam Metro, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Berita Harian, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Metro, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Berita Harian, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Utusan Malaysia,
8hb November 2012. 
5hb Disember 2012: Angelina Jolie buat kali keduanya telah membuat lawatan istimewa ke kem pelarian Syria di Jordan (Kem al- Zaatari). Beliau sendiri telah memasuki kem dan bertanya khabar dengan pelarian di sana, terutama kanak-kanak. Beliau tidak pernah terlampau sibuk sehingga tidak mampu memainkan peranan sebagai seorang manusia. 
  
 
V
Sekadar makluman, Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) merupakan sebuah badan gabungan yang menaungi 8 buah NGO dengan matlamat menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria yang memerlukan. Dilancarkan pada November 2012, misi MLL4S kali pertama telah berjaya dijalankan pada 27hb November hingga 3hb Disember 2012.
Misi yang diketuai oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan disertai oleh beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain seperti Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Gabungan Selamatkan Syria (GSS), Pertubuhan Sinar Damsyik (PERSIDAM), Syrian Youth Assembly in Malaysia (SYAM) dan Malaysia Social Media Foundation (MSMF) telah menghantar bantuan bernilai RM400,000 kepada rakyat Syria di kawasan Atmeh, Idlib.
Hal yang demikian, pihak Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) menyeru kepada semua kepimpinan, rakyat Malaysia serta dunia kemanusiaan untuk bangkit menyatakan bantahan terhadap tragedi kemanusiaan yang paling teruk selepas tragedi Rwanda ini. 200,000 lebih kematian dicatatkan tanpa pembelaan. Apakah kita mahu terus hidup dengan hutang menuntut bela atas kematian mereka yang tidak berdosa? Ayuh, sebarkan kebajikan. Demi Syria, Untuk Ummah.
---------------------------------------
Sumber:
  1. https://www.facebook.com/MLL4S?fref=ts;
  2. https://www.facebook.com/jamsari.sabian?hc_location=timeline;
  3. https://www.facebook.com/profile.php?id=100000448911696&hc_location=timeline;
  4. https://www.facebook.com/cik.fuza?hc_location=timeline;
  5. https://www.facebook.com/norhafizi.nahar?hc_location=timeline;
  6. https://www.facebook.com/ariff.mustafa.5?hc_location=timeline;
  7. Majalah Arena Bola Sepak;
  8. Akhbar Berita Harian;
  9. Akhbar Utusan Malaysia;
  10. Akhbar Kosmo;
  11. Majalah Football;
  12. Majalah GOL.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...