Isnin, Jun 09, 2014

Majalah TRWFC Bulan Jun dan Mengulang Baca ‘Soccernomics’.

Majalah TRWFC Bulan Jun dan 
Mengulang Baca ‘Soccernomics’.
I
Majalah TRWFC.
Jemput baca tulisan saya yang sederhana dalam Majalah TRWFC bulan Jun ini. RM5 saja. Semoga The Red Giants pun akan memiliki majalah rasminya satu hari nanti. he he. Segala puji buat ALLAH SWT. 
Penerbitan majalah TRWFC sebagai majalah rasmi pasukan Kelantan FA adalah salah satu daripada inisiatif yang diambil di mana ia telah menjadi salah satu medium penghubung antara pihak pengurusan dan pemain dengan peminat selain memberi peluang kepada peminat untuk mengenali TRW dengan lebih dekat menerusi kandungan eksklusif dan dinamiknya.
Isi kandungannya padat, bahasanya ringkas dan membawa makna yang jelas, sesuai untuk semua peminat bolasepak bukan sahaja di Kelantan tetapi di seluruh negara, tidak kira peringkat umur, dari si cilik hinggalah ke golongan dewasa yang tidak mahu ketinggalan daripada mengikuti perkembangan semasa dan ceritera mengenai TRW.
Majalah TRWFC menepati cita rasa dan kehendak ramai yang mahukan informasi di sebalik tabir dan laporan-laporan eksklusif mengenai pasukan, pemain, penaja dan semua komuniti yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dengan pasukan bolasepak berpengaruh tanah air, The Red Warriors (Kelantan FA).
Kenali pemain pujaan, bintang kesayangan, legenda bolasepak, pemain yang ada nama, tiada nama dan sedang mencipta nama menerusi temuramah eksklusif yang dibawakan khas oleh kru TRWFC yang cukup berpengalaman di arena kewartawanan.
Selain memberi fokus kepada berita dan laporan di atas padang, majalah TRWFC turut memuatkan info semasa dan hiburan yang membolehkan pembaca mengenali pemain dengan lebih dekat di luar konteks bolasepak melalui paparan khas berkait gosip, hobi/aktiviti masa lapang, fesyen, kesihatan, dan lain-lain.
Turut dimuatkan, slot khas untuk penaja dan kelab penyokong, bolasepak nasional dan global, penceritaan tradisi dan budaya warisan Kelantan, dari sudut pandang, bicara statistik semasa serta perkongsian saat-saat indah menerusi gambar yang dirakam baik di dalam mahupun di luar padang. Di samping itu, ia turut menyediakan platform komunikasi dua hala di mana pembaca boleh turut serta memberi pandangan melalui segmen surat dari peminat.

II
Bagaimana untuk menghubungi pihak editorial TRWFC?
TRWFC, paparan bola sepak dari kaca mata media, pemain, pengurusan, penaja, kelab penyokong dan peminat untuk pengikut tegar bola sepak tanah air.
Untuk sebarang pertanyaan, tempahan atau peluang pengiklanan, sila hubungi:
  1. The Red Warriors.com Sdn. Bhd., 6.13A, Aras 6, Blok J, Solaris Mont Kiara, No.2, Jalan Solaris, 50480 Kuala Lumpur.
  2. Tel: +603 6204 9613 ATAU e-mel kepada:


Selamat pengantin baru dan terima kasih buat Bro Muhammad Aiman. Bersama memartabatkan jersi serta liga tempatan kita. 

III
Mengulang baca.
Terima kasih atas hadiah yang bermakna, Abg Mohamad Raimi. ‘Soccernomics’ karangan Simon Kuper dan Stefan Szymanski cuba menjawab persoalan-persoalan pengikut setia sukan bola sepak dengan menggunakan akal seorang pakar ekonomi dan tangan penulis berita sukan. 
Mengapa England sering kalah? Jerman dan Brazil selalu menang? Buku ini mengaplikasikan alat-alat analitikal ekonomi kepada topik-topik kebiasaan bola sepak dan melihat data serta statistik sukan ini dengan cara dan pendekatan yang baru.
Padu.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...