Selasa, Jun 17, 2014

Kursus Pengenalan Turath (Warisan Keintelektualan Islam) bimbingan Ustaz Siddiq Fadzil.

Logo Wadah Pencerdasan 
Umat (WADAH)
Dato' Dr Siddiq Fadzil, mantan 
Presiden ABIM, Presiden WADAH serta 
Presiden Kolej Dar al Hikmah (KDH).

Sekretariat WADAH yang terletak 
berdekatan dengan Masjid Al-Hasanah, 
Bandar Baru Bangi. 
Ahli Lembaga Majlis 
Tertinggi KDH.
Logo KDH.
Kepala surat dan logo IPI. 
Kenangan.

KDH dahulunya dikenali sebagai 
Institut Pengajian Ilmu-Ilmu 
Islam (IPI).
Sekitar 
Kompleks Dar al-Hikmah.
Kursus Pengenalan Turath 
(Warisan Keintelektualan Islam) bimbingan 
Ustaz Siddiq Fadzil
Alhamdulillah, pada 15-17hb Jun 2014, Al Hikmah Training & Consultancy Sdn. Bhd. dengan kerjasama Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) telah menganjurkan ‘Kursus Pengenalan Turath (Warisan Keintelektualan Islam)’ bimbingan Dato’ Dr. Ustaz Siddiq Fadzil. Ustaz Siddiq merupakan Presiden WADAH dan Presiden Kolej Dar Al-Hikmah (KDH), selain merupakan mantan Presiden Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). Majlis ilmu ini dianjurkan di The Aston Hotel, Putra Nilai, Bandar Baru, Nilai (dahulunya dikenali sebagai ‘Allson Hotel Putra Nilai’). 
Wadah Pencerdasan Umat (WADAH) telah ditubuhkan bagi memanfaatkan pengalaman intelektual dan lapangan bekas aktivis ABIM. WADAH masih mengekalkan hubungan erat dengan ABIM bagi meneruskan tradisi belia yang berperanan sebagai jurubicara ummah. Visi Wadah ialah pemerkasaan umat yang berwibawa dan kompeten berasaskan petunjuk al-Kitab dan al-Hikmah menerusi peningkatan kesedaran dan kecerdasan daya fikir mereka melalui pengembangan literatur yang bermutu, perbahasan dan wacana ilmu yang berkualiti serta pernyataan pandangan yang jelas dan tegas.
Seperti yang kita sedia maklum, Turath bermula sejak bermulanya pembukuan ilmu pada hujung abad ke-2 Hijrah. Bagaimana menyingkapi Turath? Tidak boleh keterlaluan hingga mendewakan (taqdis) pandangan ulama’ silam. Tidak boleh juga menolak keseluruhan pandangan ulama’ silam. Mempertahankan kesilaman yang masih baik dan menerima pembaharuan yang lebih baik atau lebih sesuai. 
Antara masalah dalam memahami Turath ialah: masalah utk memahami alam fikiran penulis; masalah memahami istilah kerana istilah yang sama mungkin membawa maksud yang berbeza; dan masalah ‘ilmu alat’. Kita perlu menguasai ilmu alat yang digunakan oleh penulis sesebuah kitab seperti balaghah, nahu, sorof, mantiq dan lain-lain lagi. Contoh Kitab Turath ialah ‘Introduction of The Student: Method of Learning’ karangan Burhanuddin Al-Zarnuji.
Dalam kursus tersebut, Ustaz Siddiq Fadzil mengupas kitab-kitab Turath: antara yang menarik dalam ‘Bidayatul Hidayah’ Imam Ghazali, “Kalau hati tidak hadhir (khusyuk) dalam solat, bermakna cetek ilmu kebesaran ALLAH SWT. Untuk menjadi khusyuk, Imam Ghazali mencadangkan untuk membayangkan seseorang yang soleh dalam keluarga memerhati kita. Dia mahu tengok bagaimana solat kita. Ketika itu, kita akan lebih serius dalam solat.”
Kemudian balik kepada diri sendiri. Katakan kepada diri, “Wahai diri sendiri, tidakkah kamu malu kepada PENCIPTA kamu ketika kamu membayangkan manusia yang rendah yang tidak boleh memberi manfaat mahupun mudarat”.
Memetik tulisan aktivis ABIM yang kini bersama WADAH, Ustaz Ismail Che Ku, “…program ini seolah-olah mengenang kembali zaman-zaman menadah kitab kuning di pondok, kitab-kitab yang helaiannya tidak berjilid. Terbayang juga wajah para ulama’ pembimbing menelaah kitab Mughni Muhtaj, kitab ‘Fathul Bari Bisyarhil Bukhari’ (bukan nama orang), syarah kitab ‘Muwatta’ Azzarqani’, ‘Syarah At-Tohawiah’ dan terbayang wajah guru yang mentasmi’ kitab nahu dan sorof.”
Kursus ini turut meneliti sumbangan dan peranan Syeikh Burhanuddin al Zarnuji, ilmu Tohawiy, dan ilmu Usuluddin. Turut dibincangkan ialah kupasan berkenaan pemikiran mahzab Tauhid aliran Asya’irah dan al-Maturiddiyah, Fiqh Mazhab Shafi’e dan Tasawwuf Imam al Ghazali.
Ustaz Nasir Mat Tap, Pensyarah Kanan Kolej Dar al Hikmah (KDH) turut membimbing kuliah Subuh dan Maghrib, dengan merujuk kitab ‘Ihya’ Ulumuddin’ karangan Hujjatul Islam, Imam al-Ghazali Rahimahullah. Mantan Presiden ABIM dan kini Timbalan Presiden WADAH, Tuan Haji Ahmad Azam Abd Rahman telah menyampaikan ucapan pada majlis penutup program tersebut.

Sebahagian besar daripada tokoh-tokoh ilmuan kitab-kitab Turath telah dijemput ILLAHI. Hal yang demikian, bersamalah kita berdoa, semoga roh mereka ditempatkan bersama para Syuhada’ dan Solihin. Bagi yang masih ada di alam yang fana ini, moga mereka terus berkhidmat dan berbakti menyebarkan ilmu ALLAH SWT. Semoga banyak keberkatan dan kerahmatan daripada program ini, untuk manfaat bersama. Amin dan in sya ALLAH.
-------------------------------------------------------------
Sumber:
  1. https://www.facebook.com/ismail.cheku;
  2. http://www.theastonhotel.com.my/;
  3. https://www.facebook.com/ahmad.a.rahman.5?fref=ts
  4. https://www.facebook.com/profile.php?id=502893605&fref=ufi;
  5. https://www.facebook.com/ahmad.b.mustapha?fref=ts.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...