Isnin, Jun 16, 2014

Bual santai bersama Bro Shahril Arsat dan Bro Nizam Abd Samar.


I
Bual santai bersama 
Bro Shahril Arsat dan Bro Nizam Abd Samar.
Bual santai bersama bekas pemain Selangor dan kebangsaan, Abg Shahril Arsat dan Abg Nizam Abd Samar, bekas pemain Melaka FA era 1994-95. Abg Shahril Arsat merupakan anggota skuad ‘treble’ Piala Malaysia 1995, 1996 dan 1997 Selangor, selain merupakan Pemain Terbaik Final Piala Malaysia 2002 sewaktu bersama Sabah FA. Juga pernah menabur jasa bersama skuad MPPJ FC dan pasukan kebangsaan. Kini, beliau aktif bermain dalam siri perlawanan amal persahabatan bersama pasukan Bekas-Bekas Pemain Selangor FA (Ex-Selangor).

II
Biodata ringkas Shahril Arsat
Abg Shahril Arsat pula dilahirkan di Jasin, Melaka pada 7hb Ogos 1972, dan telah ditakdirkan untuk bertemu jodoh dengan dramatis, Noraini Morat pada 10hb Mac 2000. Mereka diijabkabulkan di Wangsa Maju dan dikurniakan tiga orang cahaya mata. Dilahirkan pada tanggal 19hb September 1978, Noraini yang lebih dikenali sebagai ‘Anie Morat’, berasal dari Sungai Rotan, Kedah dan pernah membintangi beberapa buah drama dan filem. 
Beliau kali terakhir mewakili KL PLUS dalam Liga Malaysia musim 2007-2008. Sesungguhnya, Shahril Arsat, adalah antara nama bintang The Red Giants era 90an yang paling dikenang. Selain Selangor FA, beliau pernah beraksi untuk beberapa pasukan seperti Pulau Pinang FA, MPPJ FC dan Sarawak FA. Terima kasih Shahril, di atas segala sumbangan dan jasa kepada bola sepak Malaysia. Bersama memartabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu.

III
Perasmian Kompleks MSN Setiawangsa
Sementelah, pada 14hb Jun 2014, Abg Shahril Arsat turut menganggotai skuad futsal bersama YB Menteri Belia dan Sukan, Encik KhairyJamaluddin (YB KJ) yang menang 7-1, ke atas pasukan lawan, sempena majlis perasmian Kompleks Sukan MSN Setiawangsa di Seksyen 6, Wangsa Maju di Kuala Lumpur. Skuad ini turut dibarisi oleh dua bekas pemain MPPJ FC, KLFA dan kebangsaan, Yuzaiman Zahari dan Azmin Azram Abdul Aziz. Hadir sama Ahli Parlimen Setiawangsa, Datuk Ahmad Fauzi Zahari dan Ketua Pengarah MSN, Datuk Seri Zolkples Embong.
Akhirnya Kompleks MSN Setiawangsa tersebut dibuka kepada orang ramai selepas majlis pelancaran tersebut. Kompleks sukan di kawasan seluas 3.14 hektar itu dibina khusus untuk Unit Sukan Prestasi Tinggi Negeri (USPTN) Kuala Lumpur di bawah program cawangan atlet pelapis Majlis Sukan Negara (MSN), terutamanya daripada sukan olahraga dan renang.
Kompleks ini yang dilengkapi dengan balapan olahraga (trek sintetik enam lorong); sebuah padang bola; sebuah astaka yang boleh menempatkan 200 orang; sebuah dewan serbaguna -- yang menempatkan sembilan gelanggang badminton -- dan kolam renang bersaiz Olimpik (50 meter) bukan sahaja akan dibuka kepada orang ramai, tetapi ia juga akan menjadi tempat latihan beberapa atlet Pelapis MSN.
Semoga dengan perasmian kompleks ini dapat memberi dorongan dan inspirasi kepada anak-anak muda setempat untuk menceburi kerjaya dalam sukan. Majulah sukan untuk Negara. Padu.

IV
Pertubuhan Malaysia Life Line for Syria (MLL4S) telah melancarkan Kempen #SaveTheChildrenOfSyria bertujuan untuk membela nasib kanak-kanak Syria sekaligus untuk menyedarkan orang ramai terhadap kezaliman berlaku di Syria. 
Revolusi berdarah di Syria ini telah masuk tahun ketiga dan telah mengorbankan hampir 160,000 nyawa. Jumlah ini termasuk 11,000 daripadanya adalah kanak-kanak.
Sumbangan boleh disampaikan melalui:
Maybank: SALAM SURIAH RESOURCES
No. Akaun : 5645-5733-8496
No. Telefon: 03-41416732 / 013-2226057
* Untuk mendapatkan resit pengecualian cukai, sila emelkan kepada MLL4S: nama penuh, alamat, nombor telefon dan bukti sumbangan. 
Mari kita berbakti untuk ummah: sekecil-kecil yang kita lakukan tapi besar dari pandangan ALLAH SWT, in sya ALLAH. Teruskan membantu rakyat Syria.



Naib Presiden ABIM merangkap 
Pengerusi MLL4S: Saudara 
Jufitri Joha. Juga Penerima Anugerah 
Perdana Belia Negara (Kategori 
Lelaki) 2014.
“Jangan tengok, wahai anak patungku! 
Semua yang menakutkan ini akan 
berakhir dengan segera…” 
Anak kecil ini berasal dari Idlib. Di sebelah anak kecil ini bukan sahaja kasut beliau, tetapi juga kakinya. Anak ini dalam keadaan terkejut sehingga tidak mampu merasa sakit, berlumuran darah di bumi Syria.
2000 selimut tebal dan tilam: 
Misi konvoi sulung MLLFS. 
Wakil delegasi bergambar di hadapan lori yang membawa bekalan 8 tan gandum untuk masuk ke Syria. Ketika ini semua lori-lori dari Turki sedang beratur di sempadan Turki-Syria untuk memasuki Syria dari Bab al-Hawa. Delegasi kali ini membawa sumbangan sebanyak RM400, 000 atau Euro100,000. 
Liputan dalam Metro, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Berita Harian, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Metro, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Berita Harian, 
5hb Disember 2012.
Liputan dalam Utusan Malaysia,
8hb November 2012. 
5hb Disember 2012: Angelina Jolie buat kali keduanya telah membuat lawatan istimewa ke kem pelarian Syria di Jordan (Kem al- Zaatari). Beliau sendiri telah memasuki kem dan bertanya khabar dengan pelarian di sana, terutama kanak-kanak. Beliau tidak pernah terlampau sibuk sehingga tidak mampu memainkan peranan sebagai seorang manusia. 
  
 
V
Sekadar makluman, Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) merupakan sebuah badan gabungan yang menaungi 8 buah NGO dengan matlamat menghulurkan bantuan kemanusiaan kepada rakyat Syria yang memerlukan. Dilancarkan pada November 2012, misi MLL4S kali pertama telah berjaya dijalankan pada 27hb November hingga 3hb Disember 2012.
Misi yang diketuai oleh Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan disertai oleh beberapa Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) lain seperti Global Peace Mission (GPM) Malaysia, Gabungan Selamatkan Syria (GSS), Pertubuhan Sinar Damsyik (PERSIDAM), Syrian Youth Assembly in Malaysia (SYAM) dan Malaysia Social Media Foundation (MSMF) telah menghantar bantuan bernilai RM400,000 kepada rakyat Syria di kawasan Atmeh, Idlib.
Hal yang demikian, pihak Malaysia Life Line For Syria (MLL4S) menyeru kepada semua kepimpinan, rakyat Malaysia serta dunia kemanusiaan untuk bangkit menyatakan bantahan terhadap tragedi kemanusiaan yang paling teruk selepas tragedi Rwanda ini. 200,000 lebih kematian dicatatkan tanpa pembelaan. Apakah kita mahu terus hidup dengan hutang menuntut bela atas kematian mereka yang tidak berdosa? Ayuh, sebarkan kebajikan. Demi Syria, Untuk Ummah.
---------------------------------------
Sumber:
  1. https://www.facebook.com/MLL4S?fref=ts;
  2. http://www.rakyatnews.my/index.php/20140614190042/ekslusif/kompleks-msn-setiawangsa-dibuka-untuk-kegunaan-rakyat;
  3. http://www.sinarharian.com.my/sukan/atlet-digesa-manfaatkan-kompleks-sukan-setiawangsa-1.290135;
  4. https://www.facebook.com/nina.aminuddin?fref=photo;
  5. https://www.facebook.com/pages/KBSMalaysia/235760383136001;
  6. Majalah Arena Bola Sepak;
  7. Akhbar Berita Harian;
  8. Akhbar Utusan Malaysia;
  9. Akhbar Kosmo;
  10. Majalah Football;
  11. Majalah GOL.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...