Isnin, Jun 16, 2014

‘Hat-trick on debut’, Bro Yuri Yusoff, Universiti Nottingham dan berkunjung ke rumah Abg Azman Adnan.


I

Hat-trick on debut’, Bro Yuri Yusoff, Universiti Nottingham dan berkunjung ke rumah Abg Azman Adnan, bekas penyerang kebangsaan Malaysia. 
Alhamdulillah, akhirnya, tercapai juga impian Sahabat Kelab Jersi Kita (KJK) dari Terengganu, Bro Yuri Yusoff, untuk berfutsal bersama Sahabat KJK. Sesi futsal dan bual santai dijalankan oleh KJK pada setiap Jumaat, pukul 10 malam, di The Challenger Sports Centre, berhampiran Tol Batu 9, Lebuhraya Cheras-Kajang. Memandangkan beliau duduk agak jauh (di Kuala Terengganu) dan jarang turun ke Lembah Klang, adalah agak sukar juga untuk kami mengatur masa dan jadual untuk beliau beraksi bersama KJK. Mujur, kali ini, segala urusan dipermudahkan oleh ALLAH SWT. 

II
Karnival Sukan IWK Peringkat Kebangsaan di Universiti Nottingham, Semenyih.
Berkebetulan, Bro Yuri menyertai Karnival Sukan Indah Water Konsotium (IWK) Peringkat Kebangsaan, yang berlangsung di Universiti Nottingham, Semenyih pada 13-15hb Jun 2014 yang lalu. Beliau menganggotai skuad bola sepak Wilayah Timur (Terengganu dan Pahang) dalam program yang diadakan sempena sambutan Hari Alam Sekitar Sedunia 2014 yang bertemakan slogan ‘raise the voice, not the sea level’ (suarakan pandangan kita, kurangkan kenaikan paras laut). Hal yang demikian, ayuhlah kita bersatu memelihara dan memulihara alam sekitar secara lestari. Hargai alam sekitar, lestarikan kehijauan alam.

III
Berkunjung ke rumah Abg Azman Adnan, bekas penyerang kebangsaan Malaysia.
Selepas berfutsal, kami juga sempat berkunjung ke rumah Abg Azman Adnan, bekas penyerang kebangsaan Malaysia. Meskipun kurang sihat, Abg Azman – yang kini bertugas sebagai Penolong Jurulatih PDRM FA – tetap bersemangat berkongsi rasa serta pandangan beliau tentang nostalgia bola sepak Malaysia serta perkembangan bola sepak negara masa kini. Selamat maju jaya, buat Abg Azman yang sedang menjalani kursus pentauliahan Lesen A (AFC) di MMU, Cyberjaya, sehingga hujung bulan ini. Terima kasih buat Abg Azman. Buat Bro Yuri, semoga kita jumpa lagi, in sya ALLAH. Bersama memartabatkan jersi serta liga tempatan kita. Padu.
----------------------------------------------------
Sumber:
  1. https://www.facebook.com/yuri.yusoff?fref=ts;
  2. http://simon-gallery.blogspot.com/2012/09/nottingham-university-campus-malaysia.html;
  3. https://www.facebook.com/jabal.noor.9?fref=ts;
  4. https://www.facebook.com/pages/Kelab-Jersi-Kita/102781643230951?fref=ts;
  5. https://www.facebook.com/AA19DS09?fref=ts.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...