Azman Adnan dan Seputar Pemilihan
Kem Bola Sepak Junior
Allianz.
I
Alhamdulillah, pada 6, 7 dan 8hb Jun 2014, telah
berlangsung pemilihan pemain remaja untuk menyertai Kem Bola Sepak Junior Allianz
di Munich, Jerman selama 6 hari dari 20-26hb Ogos 2014. Pemilihan ini
dijalankan di Padang SUK, Shah Alam.
Antara jurulatih berpengalaman yang terlibat dalam sesi
pemilihan kali ini ialah wakil Allianz Malaysia, Murugan Thurkayan; B. Sathianathan
(bekas jurulatih Malaysia); Azman Adnan (antara 10 penyerang terbaik Malaysia
sepanjang zaman); serta bekas bintang KLFA dan Selangor FA yang digelar ‘Lipas Kudung’,
Shahrin Majid.
Bekas tonggak Socceroos (skuad kebangsaan Australia) yang
menabur bakti selaku pemain dan jurulatih Selangor FA, Mehmet Durakovic turut
hadir sebagai jemputan.
Seramai 700 remaja (termasuk perempuan) turut mengambil
bahagian dalam pemilihan kali ini. Terdapat juga permainan video dan ‘fusball’
yang disediakan oleh pihak penganjur untuk hiburan para hadirin. Para pemain
dikehendaki melalui beberapa ujian kemahiran asas bola sepak yang merangkumi
pecutan, ketahanan dan teras pengendalian bola dan teknik. Perlawanan 7-sebelah
dan 11-sebelah turut diadakan bagi memilih bakat yang terbaik.
II
Pada hari kedua, seramai 20 orang pemain telah disenarai
pendek untuk berdepan cabaran skuad Bawah 19 Tahun Selangor, sebelum pihak
jurulatih membuat keputusan akhir.
20 orang finalis tersebut adalah seperti berkiut: Muhammad
Umar Hadi Halmi, Muhammad Fazrul Fahriz Zeky, Muhammad Iman Abd Rahim, Wan
Muhammad Iqmal Wan Hizar, Muhammad Fakhrul Aiman Md Noor, Muhammad Hariz Isyraf
Radziff, R. Kumaravel, V. Nesathasan, Zulkarnain Rusli, Kamal Ashari, Muhammad
Adam Mohd Rais, S. Linggeswaran, Alif Emir Ramlan, Muhammad Alif Haikal Nong
Chek, Danial Hakim Amruzani, Muhd Aliff Aiman Mazlan, Muhammad Hadi Rayyadh
Abdul Razak, Mohd Najmi Bin Norhani, Wong Yi Fei dan Afiq Asnawi Azizi.
III
S. Linggeswaran, Muhammad Adam Mohd Rais dan Wan Muhammad
Iqmal Wan Nizam berjaya menewaskan kurang-lebih 700 orang peserta lain seterusnya
terpilih ke Kem Bola Sepak Junior Allianz di Munich, Jerman dan tujuh lagi terpilih
ke Kem Bola Sepak Junior Allianz Asia di Bali, Indonesia. Di Munich, pemain
yang terpilih ini akan menjalani latihan bersama Juara Bundesliga 2014, Bayern
Munich FC.
N. Kumaravel, V. Nesathasan, Afiq Asnawi, Wong Yi Fei,
Amirul Aiman Mohd Rosni, Kamal Ashari, Wan Affandi Wan Mohd Faizul, Mohd Najmi dan
Alif Emir pula – telah terpilih untuk ke Bali pada 1 hingga 4hb Ogos 2014. Ketika
pemilihan dibuat, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Allianz Malaysia Berhad, Jens
Reisch turut menyampaikn sepatah dua kata.
Pada tahun lepas, Allianz Malaysia telah menghantar 3
orang peserta ke AJFC di Munich dan 7 orang lagi ke AJFC Asia di Phuket, Thailand.
Untuk rekod, Selangor FA pernah menentang Bayern Munich FC dalam KejohananPiala Mitsubishi 1994, sempena pembukaan Stadium Shah Alam.
Bersama memartabatkan jersi serta liga tempatan kita.
Padu dan Grande buat semua.
#SaveTheChildrenOfSyria.
#SaveTheChildrenOfSyria.
--------------------------------------------------
Sumber:
- https://www.facebook.com/AllianzMalaysia?ref=ts&fref=ts;
- https://www.facebook.com/printingdudes?filter=1;
- http://www.thestar.com.my/Sport/Football/2014/06/07/Allianze-to-send-three-for-Munich-stint/;
- http://www.thestar.com.my/Sport/Football/2014/06/08/Three-get-to-train-with-Bayern-Munich/;
- https://www.allianz.com/en/about_us/strategy_values/sponsoring/fc_bayern_muenchen.html;
- http://sponsoring.allianz.com/en/fcbayern/allianz_junior_football_camp/.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan