Isnin, Mac 24, 2014

Aksi Bekas Pemain Selangor, Kelantan Imbas Nostalgia Lama.


Aksi Bekas Pemain Selangor, Kelantan Imbas Nostalgia Lama.
Alhamdulillah, pada Jumaat lepas, saya berkesempatan menyaksikan perlawanan Bekas Pemain Selangor menentang Bekas Pemain Kelantan. Perlawanan amal ini dianjurkan di Stadium UiTM, Shah Alam pada 21hb Mac 2014 untuk mengutip dana dan sumbangan untuk Gaza (Palestin) dan Syria yang bergolak.
Pada keesokan harinya (Sabtu, 22hb Mac 2014), satu lagi perlawanan amal telah dianjurkan di antara Bekas Pemain Selangor dan Ibu Kota-Seksyen 2 FC bagi membiayai kos pembedahan mata Saudara Azrin Zaki (Zaki Black) dari Seksyen 2, Shah Alam.  
Antara bekas pemain yang membuat penampilan istimewa pada malam bersejarah tersebut ialah seperti berikut: Azizol Abu Haniffah; Malek Rahman; Mubin Mokhtar; Shahril Arsat; Hashim Mustapha; Khalid Jamlus; Azrul Amri Burhan; Asmawi Bakiri; Nadzab Hidzan; Zami Mohd Noor; Suhaimi Baharuddin; Saiful Adan; Jaafar Salleh; Rauf Ahmad; Abdul Hadi Tahir; Azlisham Ibrahim; Yap Kam Choon; Jamsari Sabian; Abdul Hadi Tahir; A. Jayakantan; K. Sambagamaran; M. Chandran; Yogeswaran; Reman Ragunathan; Abu Talib Sulaiman; Asroff Hanafiah; Kamarulzaman Yusof; Zulkifli Ahmad; Karim Pin; Hairil Zamri; Syamsul Amri Abu Bakar; Lim Chuen Yew; Zainuddin Ariffin, Tengku Hazman Raja Hassan; dan Salim Mahmud.
Sementelahan, pada 21hb Mac 2014, saya juga berkesempatan mewakili Anak Selangor Fans Club (ASFC) yang berhadapan cabaran daripada Ansara FC (Alumni Pelajar MRSM). Perlawanan ini berlangsung sebelum perlawanan antara skuad Bekas Pemain Selangor dan Bekas Pemain Kelantan. Perlawanan persahabatan yang berlangsung dengan santai tetapi menarik ini menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1.
Alhamdulillah, tumpang gembira bilamana semakin ramai yang menghargai sumbangan para bekas pemain bola sepak tempatan. Semoga kita semua terus berada di bawah naungan rahmat-NYA. 
Hidup biar berjasa; biar jasa jadi kenangan. Padu.
--------------------------------------------------
Sumber:
  1. https://www.facebook.com/lensaayid?fref=ts;
  2. https://www.facebook.com/malek.rahman?fref=ts;
  3. http://www.sinarharian.com.my/;
  4. https://www.facebook.com/shahrizulshukri;
  5. https://www.facebook.com/hanissyasyahani.ibrahim?fref=ts.
. 

5 ulasan:

  1. Hi,
    I'm really amazed by your blog. I'm currently doing a research regarding The Golden Era of Malaysian Football. Your blog helped a lot. What a great job you've done! Actually I'm looking to interview some old football fans of our national football team. Can you kindly pm me? I would like to explain more about my project.
    Thanks =)
    Yewmiin

    BalasPadam
    Balasan
    1. Hi, Yewmiin. :)

      Thank you for visiting my blog. You can e-mail me at hujjahpawana@yahoo.com or PM me via Facebook Page of “Kelab Jersi Kita”. :)

      Padam
    2. salam encik..saya student usm engineering...boleh rekomenkan buku yg berkaitan tentang sumbangan tamil muslim dalam perniagaan haji?

      Padam
    3. salam encik..saya student usm engineering...boleh rekomenkan buku yg berkaitan tentang sumbangan tamil muslim dalam perniagaan haji?

      Padam
    4. salam encik..saya student usm engineering...boleh rekomenkan buku yg berkaitan tentang sumbangan tamil muslim dalam perniagaan haji?

      Padam

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...