Isnin, Mac 31, 2014
Jumaat, Mac 28, 2014
ABIM Sertai Bantahan di Kedutaan Mesir.
| ||
Logo Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM).
|
Setiausaha Agung ABIM: Saudara Muhammad Faisal Abdul Aziz. |
Setiausaha Agung ABIM, Saudara Faisal Abdul Aziz, menyampaikan pidato ringkas ketika himpunan di Kedutaan Mesir. |
ABIM Sertai Himpunan Bantah Hukuman
Gantung Pengikut dan Pimpinan Ikhwan Muslimin di hadapan kedutaan
Mesir di Jalan Ampang.
Alhamdulillah, pada 28hb Mac 2014 selepas
menunaikan Solat Jumaat, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) berkesempatan
menyertai ‘Himpunan Bantah Hukuman Gantung 529 Rakyat Mesir’.
Selain beberapa buah parti politik dan
NGO lain, perhimpunan kali ini turut disertai oleh mahasiswa daripada PKPIM, PEPIAS,
PPINS, PERKEPIS, UIAM Gombak, UIAM Petaling Jaya, KUIS, dan UNISEL.
Perhimpunan kali ini adalah bertujuan untuk
membantah hukuman mati terhadap 529 orang anggota Ikhwan Muslimin. Walaupun
Kedutaan Mesir enggan menerima memorandum yang dibawa oleh badan NGO dan parti
politik, namun ianya tidak mematahkan semangat ribuan pendemonstran yang hadir.
Tahniah rakyat Malaysia!
Berikut merupakan kenyataan rasmi ABIM
berkenaan isu terbaharu di Mesir ini:
“ABIM KECAM HUKUMAN MATI KE ATAS 529
PENYOKONG MORSI
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
mengecam sekeras-kerasnya hukuman mati yang dikenakan oleh Mahkamah Mesir hari
ini ke atas 529 orang penyokong Presiden Mesir yang dipilih secara sah menerusi
demokrasi, Dr.Mohamad Morsi.
Sesungguhnya, hukuman ini merupakan
langkah ke belakang yang menjanjikan masa depan yang serba gelap terhadap
amalan demokrasi serta rakyat Mesir keseluruhannya.
Hukuman ini jelas merupakan rentetan
daripada langkah kuku besi yang didalangi oleh regim pemerintah Mesir untuk
mengukuhkan cengkaman kuasa mereka. Cengkaman itu meliputi memberikan kuasa
yang lebih besar ke atas Supreme Council of the Armed Forces (SCAF) yang
bertindak menafikan sama sekali kebebasan serta hak rakyat Mesir untuk
bersuara!
ABIM menilai hukuman mati yang dikenakan
itu merupakan campur tangan regim pemerintah untuk menakut-nakutkan rakyat
Mesir menjelang pilihanraya Presiden Mesir tidak lama lagi. Esok, Selasa 25 Mac
2013, seramai 700 lagi saki baki daripada kira-kira 1200 para penyokong Morsi
pula yang akan dibicarakan atas dakwaan mencetuskan huru hara serta mengancam
ketenteraman awam.
Usaha untuk memusnahkan gerakan Ikhwan
Muslimin yang bergerak serta berdiri di atas dukungan akar umbi rakyat Mesir
semakin berleluasa dengan 'pembunuhan kehakiman' terhadap 529 mangsa terbaru
ini. Tanggapan bahawa hukuman ini hanya bersifat “domestik” serta tidak
mencakupi kepentingan masyarakat awam di peringkat antarabangsa seharusnya
dikikis. Pastinya kezaliman terbaru ini bakal merancakkan lagi gerakan diktator
negara-negara Arab yang kini bergerak aktif memburu simpatisan Ikhwan Muslimin
khususnya di Bahrainn, UAE dan Arab Saudi.
ABIM menegaskan bahawa kemelut politik
Mesir ini adalah polemik sejagat yang bakal menjejaskan kestabilan politik
dunia. Kebangkitan rakyat Mesir merupakan simbol kebangkitan demokrasi
berinspirasikan rakyat yang tertindas. sejak sekian lama. Sikap membisu serta
menutup mata masyarakat antarabangsa merupakan pengkhianatan terhadap demokrasi
itu sendiri!
Oleh itu, ABIM menggesa rakyat Malaysia
serta masyarakat antarabangsa untuk menyuarakan secara lantang tentangan mereka
terhadap kezaliman ini. Demi ke arah memartabatkan Demokrasi, Kebebasan, Serta
Karamah Insaniah rakyat Mesir dan umat secara keseluruhannya. Solidariti buat
rakyat dan pejuang Mesir. We Are All Ikhwan. Kita Semua Bersaudara.”
Hidup Biar Berjasa; Menegakkan Kebenaran
dan Keadilan.
------------------------------------------------
Sumber:
- https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia?fref=ts;
- https://www.facebook.com/smartmuz?fref=ts;
- https://www.facebook.com/pkpimalaysia?fref=ts.
.
Langgan:
Catatan (Atom)
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan
Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...
-
Meluaskan Pengaruh Sememangnya pertumbuhan ekonomi dan luasnya pengaruh tidak harus dijadikan piawai yang mengukur keberhasilan dan keceme...
-
Nostalgia Liga Malaysia: Shahril Arsat. Shahril Arsat merupakan anggota skuad ‘ treble ’ Piala Malaysia 1995, ...
-
“ Dalam suatu budaya demokrasi… prasangka orang yang tidak mengetahui adalah lebih senang untuk dihapuskan daripada prejudis orang yang be...