Rabu, Februari 28, 2018

SALAH BACA QURAN.


SALAH BACA QURAN.
Mohamed Salah terkenal sebagai seorang pemain bola sepak yang berbakat dan berpengaruh. Bukan sahaja di Mesir – negara asalnya, tetapi juga di seluruh dunia.
Baik ketika beraksi di Serie A mahupun Liga Perdana Inggeris, beliau tidak kekok membawa Kitab Suci Al-Quran untuk dibaca, khususnya ketika waktu lapang seperti sewaktu menaiki pesawat.
--------------------------
Sikap positif seperti ini yang perlu kita contohi, bukan dengan menjadikan video atau ‘posting’ merepek ‘trending’ mahupun tular di arena media sosial.
Masih ingat tak lagi Bobo, Syasya Solero dan Cikgu Shida? Ya, mereka meniti puncak populariti sekelip mata kerana: KITA.
Dan, mereka juga hilang dari radar blogosfera, twitterjaya dan sekalian akaun media sosial; juga kerana kita.
Mereka nak berjaya atau kaya dengan perniagaan; itu rezeki mereka. Tetapi bukan dengan melakukan projek pembodohan masyarakat sehingga memalukan anak bangsa.
Kita semua perlu mainkan peranan; agar pemilik ‘content’ asal tidak memperoleh apa yang mereka mahukan – publisiti, perhatian serta pemasaran percuma.
Supaya iklan, drama, telefilem, dunia seni negara dan yang paling penting, hidup kita -- dapat diselamatkan daripada segala naskah sampah yang menyakitkan hati dan mata.
Kerana harta kita adalah maruah. Dan penyelamat kita adalah iman.
Selamat sedar, Malaysiaku.
.

LAPAR CENDOL.

LAPAR CENDOL.
Ramai nak boikot PRU dan nak buat undi rosak.
Ekonomi dan politik Malaysia terus dalam keadaan bergelut.
Tatkala warga Bangladesh dan Aceh sudah ramai yang punya kedai dan rumah sendiri;
Kita masih sibuk dengan video lapar cendol.
Selamat bangkit, Malaysiaku.
#SebarkanSalam
#IslamItuDamai
.

BR1M


BR1M
Kepada yang menerima BR1M; tak perlulah kita melabel mereka sebagai penerima dedak atau gelaran yang kurang molek.
Saya bukan orang kaya, tapi saya juga tidak pernah menerima BR1M.
Namun, itu tidak menjadi lesen untuk saya memperlekeh orang lain.
Tuan-tuan, ramai kalangan orang di sekeliling kita yang sangat memerlukan duit -- atas sebab keterdesakan hidup mahupun keperluan asasi.
Jadi, tak perlulah kita mencari alasan untuk menghina mereka.
Sekiranya kita merasakan BR1M bukan mekanisme terbaik untuk rakyat dan negara; maka cadangkan dan beri penyelesaian.
Hulur bantuan kepada yang memerlukan;
Bukan menghina dan menghambur cacian tanpa hala tujuan.
#IslamItuDamai
.

MASIH INGAT TAK LAGI MASA LALU?

MASIH INGAT TAK LAGI MASA LALU?
Masih ingat tak lagi Bobo, Syasya Solero dan Cikgu Shida?
Ya, mereka meniti puncak populariti sekelip mata kerana: KITA.
Dan, mereka juga hilang dari radar blogosfera, twitterjaya dan arena maya; juga kerana kita.
Tuan-tuan, maka sebenarnya pilihan untuk hidup di media sosial ini mudah saja: komen, kongsi, kutuk, puji sehingga sesuatu posting dan video itu menjadi viral.
Atau abaikan saja dan lupakan mereka. Biar hanyut ditelan dek taufan dan arus zaman.
Benar Tuan-tuan; jika kita memilih untuk tidak berbicara tentang perkara yang tak perlu, video jutawan kosmetik, lancar tudung di kelab malam dan lapar cendol pun tak boleh nak pergi mana.
Jika tidak, akhirnya kita sekadar memilih untuk memberikan apa yang pemilik content asal mahukan: perhatian dan pemasaran percuma.
Kita semua perlu mainkan peranan.
Supaya iklan, drama, telefilem, dunia seni negara dan yang paling penting, hidup kita -- dapat diselamatkan daripada segala naskah sampah yang menyakitkan hati dan mata.
Selamat sedar, Malaysiaku.
#IslamItuDamai
.

YANG HALUS, YANG TULUS.

YANG HALUS, YANG TULUS.
Yang suci itu aurat; bukan tudungnya.
Yang perlu diubah bila berhijrah itu sikap; bukan dengan hanya membalut kepalanya.
Tatkala kita dengan penuh emosional menghambur kecaman; beliau tenang saja mengaut keuntungan dan perhatian.
Tuan-tuan, sebab itulah kita tidak boleh secara mudah menjulang dan mengangkat seseorang individu itu melangit tinggi.
Sehebat manapun rekaan disulami harga yang mahal untuk sehelai tudung;
Akhirnya kain kapan juga jadi persalinan kita.
Hidup ini hanya sementara. Hargailah.
#IslamItuDamai
.

JANGAN KATA ABANG TAK TEGUR.

JANGAN KATA ABANG TAK TEGUR.
Tak salah menegur apa yang kita percaya perlu ditegur.
Islam sendiri menganjurkan umatnya untuk saling menegur.
Tapi, bukan dengan mengecam sampai hilang pedoman.
Ini yang membuatkan mereka yang gilakan perhatian dan kemasyhuran, menang.
Teguran perlu hadir berseiringan dengan hujah dan cadangan penyelesaian.
Bukan sekadar penghinaan dan kata-kata kesat.
Tegurlah semahu kita. Tapi tegurlah dalam keadaan kita berTuhan dan sebagai orang yang mempunyai iman.
---------------
Kita menegur, kerana mengelakkan pembodohan masyarakat;
Serta mengelakkan yang lain daripada melakukan kejahilan yang sama.
Kita semua membuat kesilapan. Tapi kita mesti berusaha menjadi baik, bukan kerana kita Ustaz atau Ustazah.
Tetapi kerana kita punya Tuhan.
Harta kita adalah maruah.
Dan, penyelamat kita adalah iman.
#IslamItuDamai
.

Selasa, Februari 20, 2018

ALI SETAN, TIADA LAGI.


ALI SETAN, TIADA LAGI.
Sekitar 2003, ketika mewakili sekolah dalam pertandingan nasyid di Masjid Biru, Shah Alam, mata saya terpaku pada satu sosok tenang yang berjambang, berserban dan berjubah putih.
Semuanya putih dan bersih. Sebersih dan setenang wajahnya.
Ketika itu, beliau membuka reruai (booth) menjual produk Islami. Saya terus menjabat tangannya dan bertanya tanpa berfikir.
Terpacul dari mulut saya, "Abang ni, Ali Setan ya?"
Dia gelak, dan mengangguk, mengiyakannya dengan mesra.
-----------------------
Pemergian Allahyarhamhu Ustaz Azmil Mustapha adalah bukti jelas, bahawa siapa pun kita pada masa lampau; yang penting adalah kita berubah untuk jadi lebih baik pada hari ini.
Usah risau tentang bagaimana kita bermula. Sebaliknya, doakanlah pengakhiran yang baik -- untuk kita semua.
Selamat pulang ke kampung asal, Tuan. Kami akan menyusulimu.
Innalillahi wainna ilaihi rajiun,
Al-Fatihah sekudusnya.
----------------------------------------
AZMIL MUSTAPHA (PELAKON DAN PENDAKWAH) MENINGGAL DUNIA.
Pelakon era 1980-an, Azmil Mustapha meninggal dunia akibat sakit jantung di Shah Alam, jam 1 tengah hari pada 14hb Februari 2018.
Pelakon yang kemudiannya tampil sebagai pendakwah ini pernah dianugerahkan Pelakon Lelaki Terbaik di Festival Filem Malaysia ke-6 pada tahun 1986.
Namanya mula meniti di bibir para peminatnya setelah muncul dalam filem Ali Setan, arahan Tan Sri Jins Shamsuddin yang diterbitkan pada tahun 1986.
Innalillahi wainna ilaihi rajiun.
Al-Fatihah sekudusnya.

.

DELEGASI PIMPINAN ABIM ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KEPADA DUTA BAHARU REPUBLIK TURKI KE MALAYSIA.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
DELEGASI PIMPINAN ABIM ADAKAN KUNJUNGAN HORMAT KEPADA DUTA BAHARU REPUBLIK TURKI KE MALAYSIA.
14hb Februari 2018 (Rabu): Alhamdulillah, Presiden ABIM, Sdr. Mohamad Raimi Ab Rahim telah mengetuai delegasi Ahli Jawatankuasa Pusat (AJKP) ABIM, dalam sesi kunjungan hormat kepada Duta Republik Turki ke Malaysia, Dr. Merve Safa Kavakçi. Seorang yang berwawasan jauh dan berfikiran ummatik.
Antara lain, kunjungan ini bertujuan mengalu-alukan kehadiran beliau selaku duta baharu ke Malaysia, selain membincangkan pelbagai bentuk kerjasama serta perkongsian pandangan yang boleh dijalinkan bersama ABIM. Hal ini bagi memperteguhkan kerjasama rakyat Turki - Malaysia.
Dalam arena politik negara Turki, beliau pernah berhadapan dengan kontroversi pada tahun 1999, bila mana beliau pernah diusir keluar dari Dewan Parlimen oleh Timbalan Parti Demokratik Kiri (DSP) kerana hadir di parlimen dengan memakai tudung, semasa upacara mengangkat sumpah sebagai Ahli Parlimen Turki.
Hanya kerana tindakannya mencabar kerajaan terdahulu Turki berhubung isu tudung itu, beliau telah diusir keluar dari parlimen dan status kewarganegaraan Turki nya dilucutkan.
Dr. Merve atau sebutan sebenar namanya, “Marwah” (merujuk kepada Bukit Safa dan Marwah di Mekah) merupakan graduan dari Universiti Harvard dan pernah menjadi profesor di Universiti George Washington.

Semoga Islam terus berkembang mekar; harum mewangi menyebarkan keamanan dan kesejahteraan ke sekalian alam.

NAIB PRESIDEN ABIM TAMPIL DALAM PERSIDANGAN BOSPHORUS 2018 (BOSSUMMIT) DI TURKI.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
NAIB PRESIDEN ABIM TAMPIL DALAM PERSIDANGAN BOSPHORUS 2018 (BOSSUMMIT) DI TURKI.
Alhamdulillah, pada 24-28hb Januari 2018, Naib Presiden MBM yang juga Naib Presiden ABIM, Sdr. Jufitri Bin Joha telah berkampung di Selat Bosphorus, Turki bagi menghadiri Sidang Kemuncak Mesyuarat Perwakilan Pelajar Malaysia Sedunia Bosphorus 2018 (BosSUMMIT) yang menghimpunkan hampir 20 buah Persatuan Mahasiswa Malaysia yang berada di luar negara dari benua Eropah, Timur Tengah, Asia dan Afrika.
Sdr. Jufitri tampil dalam sesi ‘Belia dan Pendidikan’. Persidangan Bosphorus ini berlangsung selama 5 hari di Universiti Fatih Sultan Mehmet Vakif (UFSMV), Istanbul.
Beliau tampil dalam perbincangan nasib dan solusi untuk pelajar lelaki yang sering ketinggalan dalam dunia pendidikan khususnya di sekolah dan universiti di Malaysia.
Budaya mengecam di media sosial diibaratkan sebagai ‘toksik dalam talian’ yang sarat dengan mesej kebencian sehingga boleh menjatuhkan seseorang.
Budaya itu menjadi suatu fenomena yang muncul seperti ‘tsunami’ sehingga sukar bagi pihak yang menjadi mangsa kecaman untuk menepis kecaman yang tular di media sosial.
Sudah tiba masanya kita wujudkan ‘ruang selamat dalam talian' kerana sekarang ini terlalu banyak mesej negatif di media sosial. Kita sudah tidak memikirkan perasaan orang lain.
Dr. Christina Hoff Sommers penulis buku “The War Against Boys” membahaskan fenomena pelajar lelaki ketinggalan di Amerika. Tampak ianya fenomena global yang wajar ditangani.
Di sebalik kebanggaan beliau terhadap kesuburan gerakan feminisme dalam ruang demokrasi, Dr. Christina turut mengkritik gerakan tersebut yang kelihatan hanya memperjuangkan satu gender sahaja sedangkan gender lelaki juga merupakan subjek penting untuk diperjuangkan memandangkan lelaki juga mungkin adalah anak kepada sebahagian aktivis feminisme ini.
Fenomena ini jika berterusan akan menyebabkan berlaku ketidakseimbangan sosial yang akan mendatangkan masalah seperti isu kegagalan fungsi kebapaan atau "fatherhood" di dalam keluarga.
Pelajar perempuan dijangka dan sedang berhadapan dengan isu sekufu dalam memilih calon jodoh yang semakin "limited".
Dasar, sistem dan kaedah pendidikan wajar menangani fenomena ini kerana pelajar lelaki memerlukan kaedah dan teknik belajar yang lain daripada pelajar perempuan.
Persidangan Bosphorus adalah platform di mana setiap perwakilan pelajar Malaysia berkongsi idea, pengalaman serta membincangkan secara kritikal tentang isu-isu semasa dan masa depan negara yang meliputi pelbagai aspek seperti politik, ekonomi, belia, wanita dan kemasyarakatan serta seni dan budaya.

Program ini adalah anjuran Persatuan Pelajar Malaysia di Turki (MASAT) dan menghimpunkan wakil-wakil pemimpin pelajar Malaysia dari lebih 15 buah negara seperti Mesir, Jordan, UK, Amerika, Rusia, dan banyak lagi.

KUNJUNGAN HORMAT PKPIM KEPADA JAKIM DAN MAIWP.


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
KUNJUNGAN HORMAT PKPIM KEPADA JAKIM DAN MAIWP.
22hb Januari 2018: Alhamdulillah PKPIM membuat kunjungan hormat kepada Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP).
YBhg. Dato’ Haji Paimuzi Yahya, Ketua Eksekutif MAIWP, telah menyambut baik rombongan kunjungan hormat PKPIM yang diketuai oleh Sdra Iman Abdul Khudus, Setiausaha Agung PKPIM, dan diiringi oleh Sdri Amirah Amir, Setiausaha Kerja PKPIM.
Kemudian, pada 23hb Januari 2018, PKPIM membuat kunjungan hormat kepada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM).
Delegasi yang diketuai oleh Sdra Muhammad Khair Sujud, Presiden PKPIM disambut oleh YBhg. Datuk Haji Zainal Abidin Jaafar, Timbalan Ketua Pengarah JAKIM.
Kedua-dua pertemuan yang berlangsung selama 30 minit tersebut menyaksikan pertukaran pandangan antara PKPIM bersama JAKIM dan MAIWP serta agenda berterusan serta strategik yang boleh dilaksanakan.

Semoga Islam terus berkembang mekar; harum mewangi menyebarkan keamanan dan kesejahteraan ke sekalian alam.

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...