Isnin, Julai 18, 2016

TAHNIAH, PELUMBA NEGARA JUARAI KEJOHANAN MOTO GP DUNIA!

TAHNIAH, PELUMBA NEGARA JUARAI 
KEJOHANAN MOTO GP DUNIA!
Syukur, Alhamdulillah...” demikianlah ayat pertama yang terzahir daripada Khairul Idham, ketika ditemubual wartawan luar, selepas kemenangan ke-2 musim ini.
Tahniah diucapkan kepada Khairul Idham Pawi, pelumba kebanggaan negara; yang telah menjuarai perlumbaan Moto3 Kejuaraan Motosikal Dunia (MotoGP), di Grand Prix Jerman di Litar Sachsenring.
Lagu Negaraku berkumandang dan bergema dengan megah; bersama kibaran Jalur Gemilang.
Beliau memecut di kala hujan terus turun, dan bermula di posisi ke-20, namun SuperKIP tiada masalah mencatat masa 47 minit 07.763 saat; mengatasi pelumba Leapord Racing, Enea Andrea Locatelli dan Bastianini dari Gresini Racing Moto3.
Beliau meluncur laju ke posisi-7 di pusingan pertama; mengetuai perlumbaan di pusingan ke-5. Hampir hilang kawalan di pusingan ke-14; beliau mengakhiri perlumbaan dengan 11 saat di hadapan pelumba kedua.
Beliau juga merupakan pelumba Malaysia pertama yang memenangi Moto3; selain yang pertama menjuarai sebanyak dua kali.
‘SuperKIP’ kini digelar sebagai pakar litar basah (rain master). Khairul Idham merupakan antara contoh atlet yang sentiasa berusaha keras, untuk memperbaiki pencapaian diri, seterusnya mengharumkan maruah sukan Malaysia.
Tahniah SuperKIP! Tahniah juga buat Hafizh Syahrin yang menduduki tempat ke-7 Kategori Moto2. Maju terus, Khairul Idham Pawi!
Semoga beliau terus mengecapi kejayaan, tanpa melupakan akar budaya serta agama. Syukur!
Bersama kita semarakkan budaya gaya hidup sihat dan selamat. Majulah sukan untuk negara. Kobar jiwa semangat; julang panji merdeka. Ayuh sukan!
Bersama sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...