Isnin, Julai 18, 2016

PRESIDEN ABIM RAIKAN MAJLIS KHATAM AL-QURAN KAKITANGAN HOSPITAL PAKAR AL-ISLAM, KL.

Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
PRESIDEN ABIM RAIKAN 
MAJLIS KHATAM AL-QURAN KAKITANGAN 
HOSPITAL PAKAR AL-ISLAM, KL.
1hb Julai 2016 (Jumaat): Alhamdulillah, Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim hari ini membuat pengisian sempena Program Khatam Al-Quran dan perjumpaan kakitangan Hospital Pakar Al-Islam, Kampung Baru, Kuala Lumpur.
Kalau tak khatam Quran pun hadir lah ke majlis khatam Quran. Kerana ada satu waktu yang mustajab doa nya iaitu sewaktu doa khatam Al-Quran. Aspirasi dan cita-cita penubuhan Hospital Pakar Al-Islam adalah sebagai penjelmaan misi dakwah ABIM.”
Saudara Raimi juga menyentuh bagaimana dalam kalangan sebaik-baik Umat, adalah mereka yang berdakwah dan melaksanakan amal soleh dan menyatakan kami orang Muslimin.
Bagi pihak ABIM, Saudara Raimi menyampaikan penghargaan kepada para kakitangan kerana berjaya menganjurkan program Hospital Mesra Ibadah serta Program Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) yang dilaksanakan oleh ABIM.
Dalam majlis yang sama, Prof. Dr. Asyraf Hasyim (anakanda kepada Dato’ Hasyim Yahya) membuat perkongsian tentang puasa.
Merujuk kepada Ayat al-Baqarah 183-188, ALLAH sendiri mendepani umat Islam dalam ayat puasa ini; menggunakan perkataan wahai orang yang beriman. Manusia ini terlalu kerdil.
Bintang-bintang di seluruh dunia ini lebih banyak dari pasir di bumi. Jadi dunia kita tinggal hanyalah sebutir pasir di padang pasir. Di sisi ALLAH manusia itu tidak ada apa apa sebenarnya. Maka usahlah berasa besar berbanding kekuasaan ALLAH.”
Mengimarahkan Bulan Ramadan dengan Tadarus Al-Quran.
Daripada Abu Hurairah RA, bahawa Rasulullah SAW bersabda: Apabila sampai bulan Ramadhan, pintu-pintu syurga semua dibuka, pintu-pintu neraka pula ditutup dan diikat serta dibelenggu syaitan dan iblis. (Hadith Riwayat al-Bukhari dan Muslim).
Dan Al-Quran telah kami turunkan dengan beransur-ansur agar kamu membacanya perlahan-lahan kepada manusia dan kami menurunkannya bahagian demi bahagian.” (Al-Isra’, 17:106). 
Ayuh; sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
-----------------------------------------
Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
Email: sap@abim.org.my
FB : Angkatan Belia Islam Malaysia
https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia/?fref=ts
---------------------------------------
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...