Jumaat, Julai 15, 2016

SEPUTAR PIDATO PRESIDEN ABIM DALAM MAJLIS IFTAR PERDANA DI SERI AL-UMMAH, CHEMOR, PERAK.


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
SEPUTAR PIDATO PRESIDEN ABIM 
DALAM MAJLIS IFTAR PERDANA DI 
SERI AL-UMMAH, CHEMOR, 
PERAK.
Bulan Ramadhan adalah bulan kesabaran serta istiqamah.
Istiqamah dalam beribadah dan berdakwah, istiqamah dalam mengimarahkan bulan penuh kemuliaan ini.
Berdakwahlah dengan hujjah yang benar, berdakwahlah dengan kesabaran dan hikmah.
Mintalah pertolongan daripada ALLAH SWT; disulami dengan sabar dan solat.
Sesungguhnya, sabar itu indah. Ayuh kita hayati kisah kesabaran para Nabi dan Rasul; dalam menghadapi dugaan dalam dakwah.
Pada setiap tahun sehingga turunnya wahyu, Nabi Muhammad istiqamah beruzlah untuk mencari kebenaran sebagai keperluan rohani.
Kita juga perlu ‘mengasingkan diri’ pada waktu tertentu; seperti beriktikaf di masjid.
Kita perlu istiqamah menunaikan qiamullail. Qiamullail adalah antara kunci kejayaan seseorang Mukmin.
Bangun sekejap pun tak mengapa; baca ayat Quran yang pendek pun tak apa. Hal ini demi memperkuatkan hati kita semua.
Lihatlah kehebatan para Sahabat Rasulullah SAW, yang menjadi hebat dan terbilang; kerana membaca serta mengamalkan ajaran serta suruhan di dalam Al-Quran.
Untuk membentuk generasi Al-Quran yang unik dan gemilang; kita mesti bersabar dan beristiqamah -- di samping berikhtiar tanpa mengenal erti putus asa.”
-- Petikan Pidato Presiden Abim Pusat, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim, dalam Program Iftar Perdana serta Pidato Khas Ramadhan oleh Presiden ABIM di SERI Al-Ummah, Chemor, Perak.
Program ini dianjurkan pada 25hb Jun 2016 (Sabtu), serta dihadiri oleh para pimpinan serta aktivis ABIM-WADAH-PKPIM/KPIP, selain penglibatan warga pendidik serta ibu bapa sekolah tersebut.
Turut diadakan, sesi Peluncuran Dana Pembangunan Kompleks Pendidikan Al-Ummah, Chemor. Kesatuan Pelajar-Pelajar Islam Perak (KPIP) turut mengedarkan risalah Sambutan Jubli Emas 50 Tahun kesatuan tersebut. Video kemanusiaan Malaysian Life Line for Syria (MLLFS) turut ditayangkan dalam majlis tersebut.
Ayuh; sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
-----------------------------------------
Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
Email: sap@abim.org.my
FB : Angkatan Belia Islam Malaysia
https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia/?fref=ts
---------------------------------------
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...