Isnin, Julai 18, 2016

ABIM DAN MLLFS TERUS KOMITED SANTUNI PELARIAN SYRIA.


Logo ABIM.
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim
Presiden ABIM. Juga mantan
Saudara Syahrir Azfar Saleh,
CEO Malaysian Life Line for Syria.
Juga Setiausaha Kewangan
ABIM Pusat.
I
SEKITAR PROGRAM BUKA PUASA MLLFS 
BERSAMA ANAK-ANAK SYRIA 
DI GAZIANTEP.
Alhamdulillah, bersama keberkatan serta kemuliaan bulan Ramadhan, CEO serta Aktivis Malaysian Life Line for Syria (MLLFS) berkesempatan menyertai program buka puasa bersama lebih seratus orang anak-anak Syria di Gaziantep, Turki.
Ditambah dengan sedikit aktiviti seperti melukis dan meniup belon untuk mereka, adakalanya melihat telatah mereka cukup menghiburkan. Ada yang ingin berborak, ada yang ingin bermain bersama. Cukup terasa kepuasan ini bila bersama mereka.
Moga ALLAH SWT sahaja dapat melindungi mereka, in sya ALLAH.
.

II
SEKILAS MAJLIS IFTHAR BERSAMA 
SAHABAT-SAHABAT PELARIAN 
SYRIA.
17hb Jun 2016 (Jumaat): Dengan penuh semangat persaudaraan yang mekar; Malaysian Life Line for Syria (MLLFS) dengan kerjasama Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Global Peace Mission Malaysia (GPM) telah mengadakan majlis berbuka puasa (ifthar) bersama pelarian-pelarian dan juga Migran Syria.
Program yang dijalankan di Dewan Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Jalan Taman Melati, Taman Melati, Kuala Lumpur ini; turut dihadiri oleh pihak media dan blogger, yang membuat liputan program tersebut.
Presiden ABIM, Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim serta Ketua Pegawai Eksekutif MLLFS, Saudara Syahrir Azfar Saleh turut tampil mengisi program penuh bermakna ini.
Terima kasih kepada semua penaja, penyumbang dana, aktivis serta sukarelawan yang terlibat secara langsung mahupun tidak.
Demi Syria; Untuk Ummah!
.
III
MAJLIS SUMBANGAN RAMADHAN ABIM 
KEPADA KELUARGA SYRIA, YAMAN 
DAN PALESTIN.
22hb Jun 2016 (Rabu): Alhamdulillah, bersama keberkatan Hari Nuzul Quran serta bulan Ramadhan yang mulia; ABIM menganjurkan Majlis Serahan Sumbangan Ramadhan kepada 10 buah keluarga Syria, Yaman dan Palestin.
Sumbangan disampaikan oleh Timbalan Presiden ABIM Pusat, Al-Fadhil Ustaz Naim Mohd Noor, yang turut menyampaikan ucapan dalam program penuh bermakna ini.
Program ini berlangsung petang tadi di Bilik Syura, Kolej Dar al-Hikmah, Kajang. Terima kasih buat semua penyumbang. Anda hulurkan, kami sampaikan.
Takdirnya kita bersaudara; dan memilih untuk mengekalkan persaudaraan itu.
.
IV
SEPUTAR MAJLIS IFTHAR JAMAIE 
BERSAMA TETAMU SYRIA 
DI MALAYSIA.
1hb Julai 2016 (Jumaat): Alhamdulillah, telah diadakan Majlis Ifthar Ramadhan bersama tetamu kita dari Syria yang kini berada di Malaysia.
Majlis turut disertai oleh Naib Presiden ABIM, Saudara Ahmad Fahmi Mohd Samsudin. Lokasi kali ini di Surau Dagang Avenue di Ampang. Kami menerima tajaan dan sumbangan yang sangat menggalakkan; daripada mereka yang ingin membantu menjayakan acara ini.
Syukur, ada yang sudi menaja menu berbuka nasi arab, beras dan lain-lain. Kali ini majlis diserikan dengan kedatangan Ketua Umum Dewan Dakwah Islamiyah Indonesia, Pak Siddiq yang juga merupakan Naib Presiden RISEAP.
Hasbunallah wanikmal wakil!
Ayuh sebarkan keprihatinan masyarakat terbanyak... terhadap krisis kemanusiaan di Syria...
Menyumbanglah seikhlas hati... meski RM5 mahupun RM10... Apa jua yang termampu dari kita...
Silakan, bersama kami, sebarkan, sumbangkan, infaqkan, sampaikan, kongsikan.
===================
Sumbangan atas talian :
====================
ATAU
===============================
Sumbangan/deposit ke akaun berikut :
===============================
MALAYSIAN LIFE LINE FOR SYRIA
Bank Islam : 14-210-01-000988-2
Maybank : 5648-1051-3971
=====================
Maklumat Perhubungan :
=====================
Email : donation.mllfs@gmail.com
Website :www.malaysia4syria.org
No. Tel : +603-41416732 / 0132226057
Demi Syria, Untuk Ummah!

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...