Isnin, Julai 18, 2016

MAJLIS IFTAR JAMAIY WADAH-ABIM-PKPIM.



MAJLIS IFTAR JAMAIY WADAH-ABIM-PKPIM 
& AGENSI SERTA PIDATO RAMADHAN.

Alhamdulillah, pada 22hb Jun 2016 (bersamaan 17hb Ramadhan 1437H), telah dijalankan Majlis Iftar Jamaiy WADAH-ABIM-PKPIM dan Agensi serta Pidato Ramadhan oleh Prof Dato’ Dr Siddiq Fadzil.
Program ini dijalankan pada jam 6.50 petang hingga 10.30 malam. Semoga ukhuwah yang dibina dapat dieratkan lagi di bulan yang penuh barakah.
Berikut merupakan catatan Pidato Maqasid Quran oleh Ustaz Prof. Dato’ Dr Siddiq Fadzil:
  1. Maqasid Qur’an ialah untuk mengislahkan insan;
  2. Qur’an diturunkan untuk memperbaiki manusia supaya manusia dapat menguruskan alam dan seisinya sebaik mungkin;
  3. Manusia yang telah diislahkan adalah manusia yang berkhidmat kpd manusia seluruhnya di samping mengabdi kepada ALLAH;
  4. Maqasid penciptaan manusia ada dua: Beribadat kepada ALLAH dan berkhidmat kepada manusia;
  5. Ayat Ali Imran (110) ditafsirkan: “Kamu adalah manusia terbaik yang ditampilkan untuk memberi manfaat kepada umat manusia keseluruhnya - umat terbaik itu bermaksud, mereka dapat menjamin keselamatan manusia manapun bila berada dalam kalangan mereka = ini watak manusia yg telah diislah oleh Al-Qur’an;
  6. Mesej kita adalah misi universal yang merentasi bangsa dan agama. Tidak wajar kepada umat islam yg setia pada misi ini membolot kebaikan untuk mereka sahaja dengan menafikan hak manusia lain untuk ikut menerima kebaikan itu;
  7. Syeikh Taha Jabir ada mengungkapkan istimewanya umat islam ini adalah umat yang dikeluarkan (ditampilkan) yang punya misi mengeluarkan (membebaskan dari kesesatan/kezaliman/kegelapan kepada dunia baru dalam benderang cahaya);
  8. Perkara pertama perlu diislahkan pada diri manusia adalah aqidahnya. Zikir yang paling utama ialah lailahaillallah (maksud tiada tuhan selain ALLAH memiliki implikasi besar iaitu pembebasan manusia sebagai hamba hanya kepada ALLAH bukan kepada yang lain);
  9. Tujuan pengkisahan sejarah di dalam Qur’an merupakan misi para rasul untuk mengingatkan umat manusia tentang hari-hari ALLAH;
  10. Peristiwa sejarah diungkapkan sebagai jalan untuk mengislahkan manusia dengan manusia mengambil pengajaran atau ibrah dari sejarah;
  11. Kisah Zulkarnain dalam melaksanakan strategi pemberdayaan manusia yang lemah. Raja yang kuat ini meminta bantuan dengan berkata bantulah aku dgn kekuatanmu yang maksudnya kamu tidak lemah, kamu adalah umat yang kuat;
  12. Kisah Nabi Musa yang membina jiwa merdeka dalam diri Bani Israel dengan membawa keluar dari Mesir;
  13. Pengetahuan sejarah penting kerana tanpa sejarah kita mungkin mengulangi sejarah termasuk dalam berorganisasi seperti ungkapan: “How can you know where you are going if you don’t know where have you have been?”;
  14. Kisah burung hud-hud menunjukkan rakyat sekecil hud-hud pun berani berkata kepada Nabi Sulaiman, seorang raja besar. Penganjarannya rakyat kecil jangan sesekali diremehkan dan orang besar tidak tahu semua perkara;
  15. Kisah Ratu Balqis yang mengajak pembesar-pembesarnya bermesyuarat sebelum membuat sebarang keputusan. Menunjukkan ada hikmah dalam pentadbiran Ratu Balqis dan keupayaan wanita sebagai pemimpin.
Ayuh; sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
-----------------------------------------
Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
Email: sap@abim.org.my
FB : Angkatan Belia Islam Malaysia
https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia/?fref=ts
---------------------------------------
.


Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...