Jumaat, Julai 22, 2016

MAJLIS JAMUAN EID WADAH-ABIM-PKPIM & AGENSI.

MAJLIS JAMUAN EID 
WADAH-ABIM-PKPIM & AGENSI.
21hb Julai 2016 (Khamis): Alhamdulillah, telah berlangsung Majlis Jamuan Eid WADAH-ABIM-PKPIM (WAP) dan Agensi.
Majlis yang penuh mesra dan harmoni ini, turut dikunjungi oleh YAB Menteri Besar, YAB Dato' Seri Mohammed Azmin Ali, YB Datin Seri Wan Azizah Wan Ismail, wakil dari Kedutaan Amerika Syarikat, wakil Pesuruhjaya Tinggi Australia serta para rakan strategik WAP.
Presiden Majlis Belia Malaysia (MBM), Saudara Muammar Gaddafi Jamal Jamaludin serta pimpinan MBM turut hadir memeriahkan majlis ini.
Tanpa mengira kaum dan faham agama, majlis ini diraikan dengan penuh rasa syukur dan kebahagiaan.
Semoga persaudaraan akan terus mekar menguntum; bersama doa yang tak pernah kunjung putus -- agar kita semua dalam lindungan TUHAN. 
Ayuh; sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
-----------------------------------------
Sekretariat ABIM Pusat: No.6 Jalan TC 2A/2, Taman Cemerlang, 53100 Kuala Lumpur
Hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui:
Tel: +603 - 4108 4500
Fax: +603-4108 2400
Email: sap@abim.org.my
FB : Angkatan Belia Islam Malaysia
https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia/?fref=ts
---------------------------------------
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...