Rabu, Julai 23, 2014

Sekarang ini zaman bahaya; perlu waspada.


Sekarang ini zaman bahaya; 
perlu waspada.
Sekarang ini zaman bahaya; perlu hati-hati.
Maklumat dan video dikongsi tanpa pasti kesahihannya.
Kita mengeluarkan kata-kata kesat, kepada pemilik akaun Facebook yang kita sendiri tidak pasti ketulenan akaunnya.
Kita meletakkan pautan gambar-gambar mangsa tragedi dan kemalangan, tanpa memikirkan aib serta kesedihan keluarga mahupun kenalan mangsa.
Keprihatinan tulen semakin menipis.
Saya percaya, ramai yang berniat baik - berkongsi dengan tujuan pengetahuan bersama. Tapi, kalau boleh selidik dan ikhtiar untuk cari sumber dan kesahihannya dulu. Itu maksudnya kita cuba untuk menyebarkan kesedaran, melalui medium Facebook/Twitter/blog. Cuma, terlalu banyak gambar/info palsu di internet ini.
Salah-satu contoh ialah, ramai yang mengongsikan gambar-gambar pelarian serta mangsa-mangsa kekejaman Rejim Basyar di Syria, dengan meletakkan ‘caption’ – “Gaza Diserang” atau “Selamatkan Gaza”.
Apalagi gambar-gambar berkaitan insiden MH17, yang kebanyakannya adalah hasil suntingan Photoshop pihak tak bertanggungjawab. Niat dah betul, tapi sumber kurang tepat. 
Sekarang ini zaman bahaya. Perlu waspada.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...