Terbuka
(?) dan Berbuka.
22hb
Julai 2014
Siang
tadi, ada dua peristiwa yang membuat saya berfikir tentang masa depan dan
harapan.
Di
Kompleks Pertama, seorang lelaki – saya agak warga Pakistan – menampar seorang
remaja Melayu dan kekasihnya yang makan dan minum dengan gembira di tangga
sebelah kedai.
Tidak
berapa lama kemudian, seorang adik kecil – juga Melayu – meminta maaf dan
menciumi tangan seorang lelaki Arab selepas terlanggar secara tidak sengaja
sewaktu berlari. Lelaki Arab itu mengalirkan air matanya. Peristiwa kedua berlaku
di tangga depan Sogo, semasa saya sedang ralit menyaksikan para penghibur
jalanan (buskers) membuat persembahan. Budak perempuan itu terus salam dan
berkata, “I’m sorry, Uncle”, sambil tersenyum
comel dan sambung berlari semula.
Berbalik
kepada insiden pertama tadi, mereka yang makan secara terbuka dan tidak puasa
satu hal, duduk tengah-tengah tangga tanpa mahu beralih bila orang nak lalu
satu hal. Ini sampah pun tak ada fikir nak buang ke tong sampah. Bersepah
tangga sebelah kedai tersebut. Apa yang membuatkan saya sayu, yang kes tak malu
makan secara terbuka itu satu. Yang kena lempang dan ceramah dalam bahasa Urdu
(agaknya lah) satu hal lagi. Segan juga bila ada sahabat belum Islam yang tanya,
“Melayu boleh tak puasa kah?” Malu
dengan TUHAN, malu dengan manusia.
Di
mana maruah kita dan ke mana haluan kita? Umur semakin singkat, tapi perjalanan
kita masih jauh. Masih jauh.
Sedih
pun ada, kecewa pun ada, terharu pun ada. Apa pun, setiap peristiwa dan
kejadian pasti ada hikmah-NYA. Tinggal lagi, kita saja yang perlu cari dan doa
untuk ketemu hikmah itu. Semoga jadi peringatan yang baik untuk saya dan kita
semua. Kita doakan yang baik-baik, untuk kemaslahatan bersama, in sya ALLAH.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan