Logo
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan.
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan.
Juga mantan Presiden PKPIM.
Naib Presiden ABIM merangkap
Pengerusi MLL4S: Saudara
Jufitri Joha. Juga Penerima Anugerah
Perdana Belia Negara 2014.
|
Presiden PKPIM:
Saudara Aliemran Norasid.
Saudara Fazril Saleh,
Timbalan Presiden
PKPIM. |
ABIM anjur Forum Belia Cinta Ramadhan bersama
Imam Muda
Hassan Adli.
Alhamdulillah, pada 14hb Julai 2014M, bersamaan 16hb
Ramadhan 1435H (hari Isnin), Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan
‘Forum Belia Cinta Ramadhan’ bersama Imam Muda Hassan Adli (Mohd Hassan Adli
Yahaya); Saudara Jufitri Bin
Joha (Naib Presiden ABIM); serta Saudara Fazril Saleh (Timbalan
Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia-PKPIM). Program yang dijalankan
mulai jam 9.30 malam (selepas Solat Sunat Tarawih) ini telah dianjurkan di
Masjid Salahuddin Al-Ayyubi, Taman Melati, Wangsa Maju, Kuala Lumpur (berhampiran
dengan Stesen LRT (Putra) Taman Melati, menghala ke Gombak).
Topik Bicara untuk program kali ini ialah ‘Membina
Generasi Cinta Al-Quran’ dan dianjurkan sempena sambutan Nuzul Al-Quran 1435H. IM
Hassan Adli merupakan Juara Program Imam Muda (Astro) Musim ke-2 pada tahun
2011. Sementelah, Saudara Jufitri Joha pula merupakan Penerima Anugerah Tokoh
Perdana Belia Negara 2014 serta Pengerusi Malaysia Life Line for Syria (MLL4S).
Penyertaan adalah terbuka dan percuma.
Peristiwa agung dan istimewa dalam sejarah umat ialah
malam diturunkan Al-Quran (Nuzul Al-Quran) yang berlaku pada 24 Ramadhan. Ia
juga disebut ALLAH SWT sebagai malam yang diberkati (lailatin mubarakah).
Firman ALLAH SWT:
- “Sesungguhnya Kami telah menurunkan Al-Quran itu pada malam yang berkat.” (Surah Al-Dukhan ayat 3);
- “Sesungguhnya Kami telah menurunkan (Al-Quran) ini pada Malam Lailatul-Qadar.” (Surah Al-Qadr, ayat 1);
- “Ramadan yang padanya diturunkan al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekelian manusia, dan menjadi keterangan yang menjelaskan petunjuk dan menjelaskan perbezaan antara yang benar dan yang salah.” (Surah Al-Baqarah, ayat 185).
‘Malam yang berkat’ yang dinyatakan ALLAH SWT dalam
surah Ad-Dukhan itu adalah malam yang penuh dengan kebaikan dan rahmat, yang
lebih besar keutamaannya dari amalan seribu bulan. Maka ALLAH SWT telah memilih
tarikh turun kalam-Nya buat pemimpin umat sejagat Nabi Muhammad SAW yang penuh
dengan kemuliaan itu untuk berlaku pada hari yang mulia iaitu malam al-Qadr itu
sendiri.
Ketiga-tiga ayat ini menunjukkan penurunan berlaku pada
bulan Ramadhan dan secara khususnya ia diturunkan pada malam Al-Qadr yang merupakan
suatu anugerah ALLAH SWT buat mereka yang menghidupkan malam-malam pada bulan
Ramadhan.
Peristiwa Nuzul Al-Quran menjadi satu rakaman sejarah
dalam kehidupan Nabi SAW hingga seterusnya berperingkat-peringkat
menjadi lengkap sebagaimana kitab Al-Quran yang ada pada kita hari ini.
‘Al-Quran’ bererti bacaan atau himpunan. Di dalamnya terhimpun
ayat yang menjelaskan pelbagai perkara meliputi soal tauhid, ibadat, jinayat,
muamalat, sains, teknologi dan sebagainya. Kalimah Al-Quran, sering dicantumkan
dengan rangkai kata ‘Al-Quran mukjizat akhir zaman’ atau ‘Al-Quran yang
mempunyai mukjizat’. Malah inilah sebenarnya kelebihan al-Quran tidak ada satu
perkara pun yang dicuaikan atau tertinggal di dalam al-Quran. Dengan lain
perkataan, segalanya terdapat di dalam Al-Quran. Bila disebut bahawa Al-Quran
adalah mukjizat terbesar Nabi SAW, maka ianya memberi makna terlalu besar kepada
umat Islam terutamanya yang serius memikirkan rahsia Al-Quran.
Marilah kita bersama menghayati Nuzul Al-Quran ini
sebagai suatu peristiwa besar yang penuh makna dan hikmah. Kita seharusnya
melihat Al-Quran itu sebagai ‘kitab induk’ panduan Ilmu pengetahuan untuk
memajukan manusia seluruhnya. Memajukan manusia yang lebih penting adalah
memajukan umat Islam terlebih dahulu melalui penguasaan ilmu pengetahuan dan
teknologi. Membaca Al-Quran itu adalah suatu ibadah.
Sekarang, bolehlah kita panjangkan ‘membaca’ Al-Quran itu
kepada menganalisa, mengkaji, menyelidiki dan mencari rahsia ilmu pengetahuan
di dalam Al-Quran dan seterusnya menghasilkan penulisan-penulisan yang akhirnya
memajukan dunia ini dan khasnya memajukan umat Islam dan seterusnya
mengeluarkan umat Islam dari belenggu kelemahan dan penghinaan. Salam
Nuzul Al-Quran buat semua.
----------------------------------------------
Sumber dan rujukan:
- http://www.islam.gov.my/en/nuzul-al-quran-dan-lailatul-qadar;
- http://shafiqolbu.wordpress.com/2011/08/23/menyingkap-tabir-sejarah-peristiwa-penurunan-al-quran-nuzul-al-quran/#more-1030;
- https://www.facebook.com/ABIMPUSAT?hc_location=timeline;
- https://www.facebook.com/adam.roslan.1?hc_location=timeline;
- https://www.facebook.com/syazwani.zulkapli?fref=ts.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan