Rabu, Julai 23, 2014

MH17, Satu Tragedi Luka.


MH17, Satu Tragedi Luka.
Berita angin menyatakan ia ditembak jatuh. Kebanyakan media mengesahkan MH17 terhempas. Takziah dan tumpang simpati di atas dugaan ini. Malaysia, kita diuji lagi. Innalillahi wainna ilaihi rajiun. Allahum maghfirlahum war hamhum Wa ‘afihi Wa’ fu ‘an hum.
Apa yang menarik tentang insiden kali ini ialah, YAB DS Najib Razak selaku Perdana Menteri telah berjaya melakukan sesuatu yang negara-negara lain tidak berjaya lakukan. Kenyataan-kenyataan rasmi dan penglibatan langsung DS Najib berkenaan tragedi MH17 juga wajar dipuji. Beliau dan kita banyak belajar daripada insiden MH370.
Hasil rundingan Malaysia dengan komander puak pemisah Ukraine, dua buah kotak hitam pesawat MAS penerbangan MH17 telah diserahkan kepada Malaysia, manakala keretapi yang membawa mayat mereka yang maut dilaporkan sudah dalam perjalanan ke Kharkiv sebelum diterbangkan dengan pesawat C130 Hercules Belanda untuk dibedah siasat, dan seterusnya mayat dari Malaysia dibawa pulang ke tanahair. 
Akhbar ‘Sydney Morning Herald’ menyifatkan DS Najib telah menggunakan ‘diplomasi rahsia’ dengan pemberontak pro-Rusia untuk mencapai satu persetujuan tersebut. Kata pengarangnya, beliau berunding dengan ketua pemberontak Alexander Borodai mencapai satu persepakatan ‘yang tidak mampu dicapai oleh negara yang lebih berkuasa, termasuk Rusia.’
Memetik nukilan Saudara Ahmad Fahmi Mohd Samsudin, “Kejayaan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berdiplomasi dengan kumpulan pemisah Ukraine, Aleksander Borodai dan menangani tekanan, pandangan pemimpin dunia yang semestinya punyai sikap partisan berkepentingan dalam geo-politik dunia wajar dipuji. Bak kata pepatah, Bagai menghela rambut dalam tepung: rambut jangan putus, tepung jangan terserak...”
Selamat hari lahir juga diucapkan kepada DS Najib yang ke-61 pada 23hb Julai 2014. Didoakan semoga beliau terus kuat, tabah dan progresif dalam menghadapi segala dugaan yang mendatang. Juga, semoga beliau dapat memacu negara kita dengan lebih baik lagi di masa hadapan, serta sentiasa diberi lindungan dan hidayah oleh ALLAH SWT.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...