Saya, Bro Azreen, King Kheiril
dan Enchik Hakiem Sigaraga.
|
Bersama jejaka idaman Malaya, Bro King Kheiriel. Antara 'collector' jersi tempatan yang tegar. Sentiasa sempoi. |
Menjeling. |
Bro King dan Bro Yuri. |
Barisan pelakon filem terbaru arahan Prof Razak Mohaideen, "Gangstermu Gangsterku jua". |
Bersama para 'collector'-pengumpul jersi liga tempatan. Sahabat. |
I
Alhamdulillah,
saya sempat mengeteh bersama beberapa pengumpul tegar koleksi jersi tempatan
dan luar negara seperti Bro Pika Ernesto; Bro King Kheiril; Bro Azreen Kamaruddin
dan Bro Hakiem Sigaraga. Antara lain, pertemuan ini adalah bagi meraikan Bro
Yuri Yusoff, juga seorang ‘collector’, yang datang jauh dari Terengganu.
Pertemuan yang sudah tentulah tidak rasmi dan ala kadar dari segi modus
operandinya, berlangsung di Kompleks Pertama, markas para ‘collector’ jersi.
Sebahagian koleksi majalah bola sepak saya. |
II
Zaman
90an anak-anak Malaysia diwarnai dengan 1001 kebahagiaan dan kelainan yang tersendiri.
Zaman istilah ‘Bohjan-Bohsia’ lebih kerap disebut berbanding ‘Mat Rempit-Minah
Rempit’. ‘Pi Mai Pi Mai Tang Tu’ dan ‘Cili Padi’ menjadi santapan yang
membahagiakan. Zaman AC Mizal-4U2C dan Nico masih berbangga dengan cakera padat
kosong yang dikalungkan pada leher masing-masing. Zaman manusia masih
bergantung kepada alat komunikasi asas seperti telefon rumah dan telefon awam.
Zaman ‘Zhulian’ menjadi satu fenomena para usahawan Bumiputera. Zaman politik
belum menggila dan menghampiri era edan. Dekad 90an cukup diingati oleh mereka
yang dibesarkan pada tempoh-waktu tersebut, antara lain kerana para pemain dan
pasukan liga bola sepak Malaysia cukup diminati dan digilai oleh rakyat kita:
setaraf selebriti, ahli politik dan kartunis ‘Ujang’ serta ‘Gila-Gila.’
Para
peminat bola, tanpa mengira peringkat umur, sentiasa tertunggu-tunggu keluaran
majalah bola sepak terbaru setiap bulan, seperti ‘Arena Bola Sepak’; ‘Liga
Profesional’; ‘Football’; ‘Shoot’ dan lain-lain. Akhbar juga menyediakan ruang
yang agak banyak untuk sukan – khususnya bola sepak tempatan – pada era
tersebut. Maka, lahirlah tabiat anak-anak muda menggunting artikel-gambar para
pemain pasukan kegemaran masing-masing. Ada yang dijadikan kolaj dan
dibingkaikan. Ada yang terus ditampal pada dinding. Dan kebanyakannya, menampal
gambar-artikel tersebut dalam buku latihan sekolah.
Saya
sendiri akan memotong keratan artikel-gambar pemain atau pasukan bola sepak
yang saya minati untuk ditampal di dalam buku latihan yang ketika itu berharga
sekitar 50 sen. Jika tiada gunting, kebiasaannya saya akan menggunakan pisau
lipat. Maka, bila (Arwah) Emak saya menjual akhbar terpakai kepada kedai
runcit, semua dah berlubang. hihi. Kenangan. Al-Fatihah sekudusnya buat Arwah Emak yang saya sayang dan rindui.
Bro Pika Ernesto dan Bro Jabal Noor. |
Bro Anuar Che Ahmad ditemubual oleh majalah Thailand.
|
Bro Anuar Che Ahmad, pendokong setia bola sepak Perlis. |
Bro Nimi, penyokong setia KL, bersaksikan stadium yang 'penuh' dan padang yang berkualiti 'tinggi'. |
Bro Nimi dan seorang pemilik jersi Melaka 1996, Rozdi Amral Bakri. Sedikit tentang skuad Melaka FA 96 di sini: http://chedinsphere.blogspot.com/2012/11/nostalgia-liga-malaysia-josip-biskic.html |
| ||||
Bro Ghanimifard dan Bro Syahrul Niezam. Jersi langka. |
Bro Hakiem, Bro Megat aka Laksamana Paduka Zahrain, Bro Faiz aka Aizusan dan saya. |
Bro Garry Danny Lawrence dan penyokong tegar Sarawak FA.
Penyokong setia Melaka FA. |
Penyokong Skuad Sang Badak-Sabahawks. |
Barisan penyokong Pulau Mutiara, setia bersama pasukan mereka. Tempat duduk Stadium Bandaraya terkenal dengan gelaran 'tangga ayam'. |
Koleksi jersi tempatan era 80an dan 90an yang nadir. |
III
Meskipun mutu dan sokongan terhadap liga kita mula menurun ketika
penghujung 2000, di samping kebanjiran maklumat dan minat terhadap liga
Inggeris, masih ramai individu yang tegar ke stadium untuk memberikan sokongan;
menyimpan koleksi keratin majalah-akhbar; dan mengumpulkan ‘kit’ atau kelengkapan pakaian sukan yang
berkaitan dengan skuad bola tempatan. Bro Hangpc sebagai contoh, tidak pernah
serik dalam kegigihan menggali sejarah bola sepak tanah air dan berkongsi
maklumat tersebut dengan masyarakat terbanyak.
Sekadar menyebut beberapa nama: Nor Azmi Mahmood; Jabal Noor; King Kheiriel; Pika Ernesto; Syed Shahrom Wafa; Shizuru Satonaka; Ajib Anuar; Razlan Raduan; Blow Wind; Karan OhKaran; Syahrul Niezam; GhanimiFard Ibrahim; Laksamana Paduka Zaharin Adnan; Hakim Amir; Anuar Che Ahmad, Faiz Azrai; Faiz Hassan; Garry Danny Lawrence; Azizi Kamarudin; Adam Iqbal Legak; Amirul Hakim; Encik Hakiem Sigaraga; Yuri Yusoff; Azreen Kamarudin; Pimw Shirts; Fizz De Alcantara; Darwisy Hafiy; Ahmad Amirulamin Ali dan banyak lagi nama yang kalau saya tuliskan dalam entri ini, boleh dibuat buku setebal ‘Yellow Pages’. Sementelah, siapa boleh menafikan sumbangan pemilik blog seperti:
- Lucius Maximus (http://tronohtranquility.blogspot.com/);
- Muhammad Rizal Hashim (http://rizalhashim.blogspot.com/);
- Meor Azmil (http://meornamedepanku.blogspot.com/);
dan
ramai lagi penulis blog yang memberi ruang kepada kita semua untuk lebih kenal
dan menghargai erti mencintai sejarah bola sepak kita. Ada dalam kalangan
mereka merupakan pengasas dan pendokong Ultras Malaya, ada juga yang menyokong
atas kapasiti penyokong bebas – tanpa ikatan gerakan.
Bro Meor Azmil (penulis blog http://meornamedepanku.blogspot.com/)
|
Gerai Kempen Memartabatkan Jersi di i-City pada 2012. Turut kelihatan, lagenda seperti K. Gunalan dan Anuar Abu Bakar. |
Kelab Jersi Kita, diasaskan dengan matlamat untuk menyuburkan minat rakyat Malaysia terhadap koleksi jersi bolasepak pasukan/kelab tempatan. |
IV
Sejelasnya,
ramai lagi pengumpul koleksi kit-jersi bola sepak Malaysia. Mereka tidak pernah
mendabik dada, tetapi bagi saya sendiri, mereka inilah sebahagian daripada pejuang
dan pendokong bola sepak Malaysia. Menyokong dengan sepenuh jiwa, berbakti
tanpa mengharapkan apa-apa. Kebanyakan daripada mereka ini, setia menyokong
pasukan kebangsaan, turun ke stadium meski ketika era merudumnya prestasi skuad
kebangsaan. Memetik kata-kata Bro Jabal Noor: “Kepada sesiapa yang setia
mengikuti perjalanan bola sepak pasukan kebangsaan Malaysia – sedari waktu kita belum
menang AFF Suzuki/Piala Tiger dan sudah lama tidak menang emas Sukan SEA --
individu itu tidak akan mudah melatah setiap kali skuad kita tewas. Kalau kalah,
jawapan kita: ah dah biasa dah… Kalau menang, alhamdulillah.”
Koleksi logo-patches berharga. |
V
Untuk
beberapa ketika, saya, Bro King dan kawan-kawan masih lagi di Kompleks Pertama,
meraikan pertemuan antara minda. Seperti biasa, perbualan yang padat tentang
cerita seputar dunia pengumpul koleksi jersi dan bola sepak Malaysia, diselangi
dengan santapan rokok-asap nan berkepul dan kopi ais. Saya yang tidak merokok,
hanya mampu menikmati kopi o beng yang dibelanja oleh Bro King, sambil
curi-curi menangkap gambar mereka untuk kenangan. Akhir kalam, semoga kita
semua ada usaha-daya dan ‘saham’ masing-masing dalam menyumbang kepada
kemaslahatan bersama. Hidup bola kita. Selamat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan