“Berhentilah
jangan salah gunakan,
kehebatan
ilmu pengetahuan untuk menghancurkan.”
--
Puing (Iwan Fals, 1981)
-------------------------------------------
Memandangkan
saya sedikit sibuk dengan beberapa urusan - kerja dan kehidupan - ketika ini,
saya tidak begitu mempunyai masa untuk mengemaskini blog. Namun, saya gagahi
juga untuk sekurang-kurangya memuat-naik beberapa gambar yang mana, pada hemat dan
harapan saya, sekurang-kurangnya para pengunjung blog ini tidaklah rasa tawar
hati untuk berkunjung lagi (kerana tidak dikemaskini).
Saya
tidak menulis blog untuk menjadi masyhur, apalagi untuk diraikan. Saya baru
belajar menulis, dan mahu terus belajar dan belajar. Sesungguhnya, saya
menghargai para pembaca dan pengunjung blog ini yang sudi menziarahi halaman
yang serba sederhana ini.
Saya
sajikan blog ini buat semua pembaca yang budiman, dengan niat berkongsi manfaat
dan ilmu. Kendati, jika ada kesilapan dan kekurangan dalam penulisan saya,
mohon agar saya ditegur dan dinasihati.
Meskipun
blog ini begitu sederhana dan tidaklah seunggul mana, saya ingin merakamkan
ribuan terima kasih, buat pengunjung ke 210,210 blog ‘chedinsphere.blogspot.com’
yang mungkin saya kenal secara peribadi mahupun sebaliknya. Mohon doa daripada
semua sahabat, agar saya dapat menulis dengan lebih baik lagi, sementara usia
masih berbaki hari.
“Dalam
hari selalu ada kemungkinan,
dalam
hari pasti ada kesempatan”.
--
‘Selamat Tinggal Malam’ (Iwan Fals, 1986).
--------------------------------------
Bersama-samalah
kita berpadu menyemarak dan memartabat akar budaya kita. Sungguh, ALLAH SWT
sahajalah yang dapat membalas jasa dan budi kalian semua. Jazakumullah Khairan
Kathira. Khalas.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan