seiring langkah tak mati
dan
jawab soal, yang masih setia bertubi-tubi
cuba
mengenal diri
mengenal hakikat diri
mencari erti hidup dan mati
Apakah yang ada dalam diri?
dari mana datangnya diri?
ke mana akhirnya destinasi?
Sungguh
memang tak mudah mengenal diri
kerana ia kunci
mengenal ILLAHI
dalam perjalanan ruhani.
Zairudin
Ashrafi,
1hb
September 2010, Puchong.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan