Kisah,
dari dalam perut bas.
Sedang
berada dalam perut bas, dari Taiping menuju Hentian Duta.
Menziarahi
isteri, anak-anak dan keluarga mertua yang sentiasa dekat di hati dan kerdipan
mata.
Apa
yang menarik; hampir setiap bas mempunyai beberapa orang penumpang yang
berjubah dan berkopiah, dengan wajah yang tak lekang senyuman.
Sebagaimana
ABIM dan pelbagai gerakan kemasyarakatan lain, jemaah-jemaah Tabligh ini sekian
lama bertebaran ke seluruh negara; menyebarkan salam dan kebaikan, dengan cara
masing-masing, tapi dengan matlamat yang satu.
Apa
juga pertubuhan mahupun organisasi yang kita sertai - waimah yang berkaitan
dengan sukan, alam sekitar, perfileman, muzik mahupun permotoran; kajilah
objektif penubuhan, perkembangan semasa serta peranannya.
Setiap
orang Islam yang beriman punya kewajipan untuk mengamal dan menyebarkan kesejahteraan
dan berkongsi kebahagiaan.
Kita
semua - yang berlatar belakangkan pendidikan agama atau tidak - mesti berbuat
baik, sebanyak atau sesedikit mana sekali pun.
Bukan
kerana kita ustaz atau ustazah. Tetapi kerana kita telah melafaz ikrar sebagai
hamba ALLAH SWT, dan beriman dengan kerasulan Nabi Muhammad SAW tercinta.
Biar
orang kata kita poyo, asal kita ada usaha dan ikhtiar untuk belajar dan
melakukan kebaikan.
Hidup,
biar berjasa.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan