‘Flyover’
Bandar Saujana Putra: Sebuah Penantian Panjang.
Dilancarkan
pada 2003, Bandar Saujana Putra (BSP) dahulunya dibangunkan dengan pembinaan
rumah kedai dan kediaman kos rendah serta sederhana. Ia semakin berkembang
sejak tahun 2009-2010, dengan pembinaan projek pelbagai fasa rumah dua tingkat,
Saujana Business Park dan Saujana Putra Avenue. Pada 2012-2014, Royal Ivory 2;
Royal Garden; Saujana Putra Skypark; dan BSP21 pula dibina.
Ketika
fasa awal para penghuni menduduki rumah di BSP sekitar 2004, tidak terdapat
sebarang tol, kedai atau infrastuktur lain. Para penduduk perlu melalui Jalan
Taman Mas, Sepang.
Meskipun
asalnya dikenali sebagai tempat ‘jin bertendang’ dek kerana jauhnya BSP ketika
awal pembangunannya; penting untuk disebut di sini bahawa sejak awal promosinya
(2003-2004) kepada para pembeli, memang sudah diletakkan grafik laluan
bertingkat (flyover) pada setiap brosur dan penernagan daripada ejen penjual,
kepada pembeli yang berpotensi. Malah, dalam pelan D.O yang dikongsi dalam
beberapa laman sosial, ‘flyover’ memang sudah ada dalam perancangan.
Malangnya,
bukan sahaja ‘flyover’ masih belum dibina sehingga tarikh artikel ini ditulis (Disember
2017), BSP masih belum mempunyai masjid, sekolah rendah dan hanya mempunyai
satu jalan utama dari arah SP4 menuju ke arah bulatan BSP.
Apalagi
dengan adanya Universiti MAHSA dan beberapa projek blok perumahan bertingkat
yang banyak, jumlah akses jalan yang terhad membuatkan puluhan ribu penduduk
BSP rasa agak terhimpit dan tersepit: oleh kesesakan dan kualiti jalan yang
menyedihkan.
Ramai
penduduk BSP yang sangat mengharapkan agar ‘flyover’ tersebut akan menjadi
kenyataan dalam masa yang terdekat, memandangkan ujikaji penggunaan lampu
isyarat di bulatan BSP kelihatan agak gagal, dan sekadar memburukkan lagi kesesakan
sedia ada.
Selain
itu, ada juga cadangan bahawa ‘flyover’ ini akan dijadikan sebagai jalan
alternatif (tanpa bayaran tol), menuju ke kawasan bandar yang baru iaitu
Rimbayu, Tropicana Aman, Ecoworld untuk pusing masuk ke Kota Kemuning, Shah
Alam.
Ada
yang mengesyorkan agar dibuka satu laluan keluar-masuk bertol dari jalan tepi
hutan (SP6 dan SP7) yang sedia ada ke Lebuh Raya Elite.
Ada
juga cadangan supaya longkang tepi menghala masuk ke Kuwait Finance ditambun
atau ditambak, bagi membolehkan adanya susur masuk ke BSP dari tol Elite. Ini
mungkin boleh mengurangkan sedikit kesesakan, khususnya ketika waktu puncak
para penduduk yang pulang dari tempat kerja.
Terdapat
juga cadangan agar dihadkan masa untuk kenderaan berat melalui jalan yang
menghubungkan antara Tol SKVE-Elite, khususnya pada waktu puncak.
Sejelasnya,
para penghuni BSP sangat memerlukan laluan lain, memandangkan satu laluan
keluar-masuk ke BSP memang merupakan penganiayaan buat para pembeli atau
penyewa.
Tol
BSP dari/menuju Lebuh Raya SKVE-Elite mengalami kesesakan yang teruk setiap
kali waktu puncak, khususnya ketika pagi dan petang pada hari bekerja, dan pada
bulan Ramadhan menjadi semakin meruncing, bila mana ramai yang pulang awal
untuk menyiapkan atau membeli juadah berbuka untuk keluarga.
Para
ibu bapa dan anak-anak terpaksa berkejar-kejar setiap pagi dan petang untuk
menghantar dan mengambil anak-anak dari tempat pengasuh atau sekolah mereka.
Disebabkan
kepadatan penduduk dan bilangan pengguna kenderaan yang begitu banyak telah
menyebabkan satu-satunya jalan utama keluar-masuk ke arah Bulatan BSP, menjadi ‘bottleneck’,
di mana para penduduk terpaksa menunggu lama dan berbaris panjang untuk menuju
ke destinasi seperti tempat kerja mahupun rumah sendiri.
Ramai
penduduk BSP yang merasa tertekan kerana perlu berhimpit dan bersesak, selain
terkejar-kejar setiap kali keluar atau pulang mencari rezeki. Tak kiralah siapa
yang perlu bertanggungjawab: Ahli Parlimen Kuala Langat; ADUN Telok Datok;
Majlis Daerah Kuala Langat; pihak pemaju (LBS) atau sesiapa pun, pastinya para
penduduk BSP mengharapkan agar ada solusi serta penyelesaian alternatif kepada
masalah sedia ada; yang entah bila kesudahannya...
Lagi
tentang BSP di sini:
- https://www.bharian.com.my/node/301692;
- http://azizulwmc.com/2017/06/30/bandar-saujana-putra-di-manakah-silapnya/;
- http://eppics1978.blogspot.my/2010/07/bulatan-bsp.html;
- https://www.youtube.com/watch?v=Pv0MIGmnzl4&feature=youtu.be;
- https://www.thestar.com.my/metro/community/2017/01/17/losing-patience-in-daily-jams-bandar-saujana-putra-folk-say-new-developments-have-increased-volume-o/.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan