Saya
tidak banyak kenangan dengan kartunis legenda tanah air, Abg Aie Sulong.
Kami
hanya pernah bersua muka sekali, iaitu pada 2013, berhampiran pejabat beliau di
Ampang.
Sebagaimana
teruja nya saya dapat bertemu idola ketika kecil seperti Abg Azman Adnan dan
lain-lain tokoh, demikian jugalah rasa bahagia bila dapat berbual semeja dengan
Abg Aie.
Beliau
tidak mengenali saya, malah tidak pernah membaca blog saya.
Hanya
bermodalkan ayat 'teringin nak jumpa' dan 'title' seorang peminat, beliau
menerima pelawaan saya dengan senang dan ceria;
"Inche
Che Din! Saya kat Ampang, bebila ke mari tepon je, ada rezeki kita jumpa.
Sebelah malam lepas kul semilan, cun."
Beliau
tidak kenal siapa saya, tetapi malam itu, tetap melayan saya berbual panjang --
dari jam 9:30 malam sampai 5 pagi.
Dulu
setiap kali ada perlawanan membabitkan skuad kebangsaan, beliau akan menghantar
sms kepada saya, "Che Din, lama benor kita tak nyembang. Good luck untuk
Harimau Malaya! Wokeh Che Din, kem salam suma2!"
Saya
tidak rapat dengan beliau, tapi saya yakin dan percaya, beliau seorang yang
sangat budiman dan baik hati.
Jasanya
bukan sedikit, kepada dunia komik dan zaman kanak-kanak serta remaja kita.
Dari
ABe, Aku Hidup dalam Blues, Blues Untuk Aku, Aku dan Sesuatu serta pelbagai
lagi karya besarnya, tersemat padu dalam ingatan-nostalgia kita semua.
Beliau
mungkin sudah lupa akan saya (kerana peminat dan pengikutnya yang sangat
ramai), namun saya mohon jasa baik para sahabat yang budiman sekalian;
Bersamalah
kita doakan kesejahteraan serta kesembuhan beliau, dipermudahkan segala
urusan-rezeki dan kehidupan.
Amin
dan in sya ALLAH.
.
.
.
Che
Din,
Peminat
Karya Kartunis Aie Sulong.
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan