Logo ABIM.
|
Saudara Mohamad Raimi Ab Rahim,
Presiden ABIM. Juga mantan
PIMPINAN
ABIM BERI PENGHORMATAN TERAKHIR
BUAT CIKGU SHAHNON AHMAD,
TOKOH SASTERAWAN
NEGARA.
[7
Rabiul Akhir 1439 / 26 Disember 2017 (Selasa)]
Angkatan
Belia Islam Malaysia (ABIM) merakamkan ucapan takziah kepada keluarga dan waris
Sasterawan Negara (SN), Prof Emeritus Datuk Dr Shahnon Ahmad yang meninggal
dunia di Hospital KPJ Kajang, pagi tadi.
Allahyarham
menghembuskan nafas terakhir pada usia 84 tahun. Jenazah disolatkan di Surau
Madani, Seksyen 3, Bandar Baru Bangi selepas solat Zohor.
Dalam
konteks keterlibatan bersama ABIM, Pak Shahnon bersama empat lagi Sasterawan
Negara: Datuk A. Samad Said; Muhammad Salleh; Datuk Noordin Hassan dan Datuk
Abdullah Hussain turut terlibat menyatakan bantahan terhadap perlaksanaan dasar
Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik Dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).
Beliau
pernah membuat kejutan dalam dunia politik tanah air apabila menewaskan Menteri
diJabatan PM ketika itu, Datuk Dr Abdul Hamid Othman dikerusi Parlimen Sik pada
pilihan raya umum 1999 dengan kelebihan 478 undi. Beliau menjadi Anggota
Parlimen Sik bagi tempoh 1999 hingga 2004.
Pak
Shahnon yang disebut sebagai identiti dunia kesusasteraan Melayu moden dan
bahasa Melayu menjadi penerima kedua penobatan Anugerah Sastera Negara (ASN),
iaitu pengiktirafan sastera tertinggi dalam negara yang membawa gelaran SN pada
tahun 1982.
Ketokohannya
menyebabkan mantan Perdana Menteri, Allahyarham Tun Abdul Razak Hussein
menyamakan Shahnon dengan penulis barat paling berpengaruh abad ke-19, Victor
Hugo, pada penganugerahan ASN itu.
Penulis
antologi ‘Debu Merah’ tersebut mula menghasilkan novel pertamanya berjudul ‘Rentong’
pada tahun1965.
Antara
novel-novelnya: Rentong (1965), Terdedah (1965), Ranjau Sepanjang Jalan (1966),
Menteri (1967), Protes (1967), Perdana (1969), Srengenge (1973), Sampah (1974),
Kemelut (1977), Seluang Menodak Baung (1978), Al-Syiqaq I (1985),
Tunggul-tunggul Gerigis (1989), Patriarch (1991), Ummi & Abang Syeikhul
(1992), TIVI (1995), Ibu Adalah Pentafsir dan Sungai (1995), dan Sutan Baginda
(1997).
Salam
takziah buat ahli keluarga Allahyarham. Moga roh beliau dirahmati, disayangi
dan ditempatkan dalam kalangan orang-orang beriman di sisi Allah S.W.T.
Innalillahi
wainna ilaihi rajiun. Allahummaghfirlahu warhamhu wa 'afihi wa' fu 'anhu.
Al-Fatihah
sekudusnya.
Sumber
gambar: http://www.themalaymailonline.com
Bersama
menegakkan kebenaran dan keadilan. Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
Semoga
Islam terus berkembang mekar; harum mewangi menyebarkan keamanan dan
kesejahteraan ke sekalian alam.
Sebarkan!
----------------------------------
Jom,
daftar segera sebagai ahli ABIM di sini:
Dan,
kenali ABIM di sini:
----------------------------------
[DAPATKAN RESIT PENGECUALIAN CUKAI!]
[DAPATKAN RESIT PENGECUALIAN CUKAI!]
Dengan:
INFAQ@ABIM !
Sila
deposit seikhlas hati kalian, ke Akaun ABIM:
BANK
ISLAM: 14023010032527
MAYBANK:
564221610116
1)
Dengan rujukan: infaq@abim
2)
Emelkan ke kewangan.abim@gmail.com nama penuh, alamat, nombor telefon serta
bukti sumbangan untuk urusan resit.
3)
Juga boleh hubungi Sekretariat ABIM Pusat melalui: +603 - 4108 4500.
----------------------------------
Bersama
menegakkan kebenaran dan keadilan. Ayuh, sejahterakan Malaysia dengan dakwah!
.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan