Khamis, September 03, 2015

SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN, COACH SHAHRIL ARSAT!


SELAMAT ULANG TAHUN KELAHIRAN, COACH SHAHRIL ARSAT!
Alhamdulillah, sempat mewakili Retro Bola Sepak (RBS) untuk menyampaikan sedikit cenderahati kepada Bro Shahril Arsat yang menyambut hari lahir baru-baru ini.
Shahril Arsat merupakan anggota skuad ‘treble’ Piala Malaysia 1995, 1996 dan 1997 Selangor, selain merupakan Pemain Terbaik Final Piala Malaysia 2002 sewaktu bersama Sabah FA.
Semoga panjang umur dan murah rezeki diucapkan buat beliau. Moga bahagia di samping keluarga tersayang.
Keesokan harinya, berkesempatan ngeteh dengan sahabat yang  masih belajar di Mesir, Bro Amir Mursyid. Seorang pengumpul jersi serta peminat tegar Selangor.
Semoga Bro Amir lulus dengan cemerlang dalam tahun akhir nanti, in sya ALLAH.
Julang panji semangat; kobar jiwa merdeka.
Padu & Grande selamanya!
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...