Khamis, September 17, 2015

BUAIAN DAN HARI MALAYSIA.


BUAIAN DAN HARI MALAYSIA.
Alhamdulillah, balik kampung tempoh hari, dapat pekena soto ayam di Tali Air, berhampiran Morib dan Kampung Endah. RM4 saja semangkuk.
Di kampung, dapat layan buaian yang dipasang oleh abang ipar saya di belakang rumah. Bukan senang nak cari pokok yang rendang. Kebetulan ada pokok manggis yang Arwah Emak saya tanam lama dulu. 
Sebelum terlupa – Selamat Hari Malaysia saya ucapkan buat semua. Semoga Hari Malaysia ini akan menjadikan kita rakyat yang lebih matang dan bertoleransi. Juga, semoga ALLAH SWT permudahkan urusan kita semua; tatkala negara dilanda krisis ekonomi dan politik dewasa ini.
Hasbunallah; wanikmal wakil.
.




Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...