Rabu, September 23, 2015

Haji Mohamad Raimi Ab Rahim Dipilih Sebagai Presiden Baru ABIM.

Haji Mohamad Raimi Ab Rahim Dipilih Sebagai Presiden Baru ABIM.
19hb September 2015 (Kajang): Saudara Haji Mohamad Raimi Ab Rahim telah dipilih sebagai Presiden baru ABIM; menggantikan Saudara Haji Amidi Abdul Manan. Pemilihan ini telah dipersetujui secara konsensus oleh 300 orang perwakilan Muktamar ABIM Kali Ke-44; yang diadakan di Kolej Dar al-Hikmah, Kajang pada 19hb September yang lalu.
Sebelum ini, beliau pernah memegang jawatan sebagai Naib Presiden serta Setiausaha Agung ABIM. Beliau adalah seorang Peguambela & Peguamcara yang beramal; yang berkelulusan Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) serta Sarjana Kriminologi Universiti Of Kent, United Kingdom. Beliau juga adalah Presiden Persatuan Kebangsaan Pelajar Islam Malaysia (PKPIM) untuk tahun 2003-2005.
Seluruh warga ABIM merakamkan setinggi-tinggi penghargaan kepada mantan Presiden, Saudara Amidi Abdul Manan (yang dikenali sebagai Cikgu Amidi); kerana menunjukkan kepimpinan yang baik dan menginspirasikan. Beliau kini meneruskan baktinya sebagai salah seorang Exco Wadah Pencerdasan Umat Malaysia (WADAH) bersama bekas Naib Presiden ABIM, Saudara Hasri Harun.
Berikut adalah senarai kepimpinan ABIM untuk 2015/2017:
Presiden: Mohamad Raimi bin Ab Rahim
Timbalan Presiden: Ustaz Mohd Naim bin Mohd Nor
Naib Presiden I:  Khairul Arifin bin Mohd Munir
Naib Presiden II (Ketua Helwa): Puan Fadhlina binti Sidek
Naib Presiden III: Mohd Khairul Anwar bin Ismail
Naib Presiden IV:  Ahmad Fahmi bin Mohd Samsudin
Naib Presiden V: Cikgu Khairuddin bin Abas
Setiausaha Agung: Muhammad Faisal bin Abdul Aziz
Penolong Setiausaha Agung: Puan Maria binti Kamel
Setiausaha Kewangan: Encik Syahrir Azfar bin Saleh
Barisan Exco ABIM:
  • Dr Zulkifli bin Hasan;
  • Dr Shahrizal Azwan bin Samsudin;
  • Nur Azura binti Kamarudin Sohami;
  • Mohd Shazni bin Abdullah;
  • Hasnul Haniff bin Harun;
  • Mohd Firdaus bin Md Hamsin;
  • Adli Zakuan bin Zairakthaini;
  • Mohd Khairul Ridhwan Adha bin Akhyar;
  • Zairudin bin Hashim;
  • Amalina binti Ismail.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...