Khamis, September 17, 2015

JERSI, BOLA DAN AKHIRAT.

JERSI, BOLA DAN AKHIRAT.
Di kedai mamak tadi, didatangi seorang lelaki yang secara tiba-tiba duduk di kerusi depan meja saya. Ketika saya membaca bahagian sukan sebuah akhbar, beliau bertanya, “Minat bola ke?..”
Minat, Bang”, jawab saya. Ringkas.
Bola, bola juga… keluarga dan Akhirat jangan lupa…”, beliau secara tiba-tiba menghulurkan pedoman.
Saya menganggukkan kepala, tanda setuju.
Ni, jersi ni… harta dunia je ni…”, sambung beliau lagi, sambil menarik-narik jersi latihan Harimau Malaya nya.
Beliau kemudian berlalu pergi penuh bergaya, selepas membelek-belek telefon genggamnya.
Damai…
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...