Khamis, September 17, 2015

WAKIL RBS DAN LIGA KIT ADAKAN PERTEMUAN DENGAN CEO PERBADANAN STADIUM MALAYSIA.

WAKIL RBS DAN LIGA KIT ADAKAN PERTEMUAN DENGAN CEO PERBADANAN STADIUM MALAYSIA.
Alhamdulillah, pagi tadi, wakil Retro Bola Sepak (RBS) dan Liga Kit telah mengadakan pertemuan bersama Encik Azman Fahmi Osman, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Perbadanan Stadium Malaysia (PSM). Perbincangan berkisar berkenaan usaha menghimpunkan arkib sejarah bola sepak serta sukan Malaysia.
Matlamat utamanya pastilah bagi memupuk minat masyarakat terbanyak terhadap sejarah sukan di Malaysia, selain secara tidak langsung -- untuk menyuburkan rasa menghargai bekas atlet yang telah banyak berkorban untuk negara.
Kami mulakan langkah kecil ini, dengan harapan yang tinggi. Perjalanan masih panjang; tetapi semoga banyak manfaatnya untuk kita semua, in sya ALLAH.
Sekalung perhargaan diucapkan kepada Saudara Ali Baizuri (yang juga seorang pengumpul jersi Liga-M), kerana sudi mengaturkan pertemuan di Stadium Bukit Jalil ini.
Kobar jiwa semangat; julang semangat zaman. Padu & Grande; selamanya!
* Kebetulan, di Café Stadium Bukit Jalil, kami bertemu dengan bekas jaguh bina badan Malaysia, Datuk Abdul Malek Mohamed Noor. Beliau merupakan jaguh bina badan Asia peringkat ‘heavyweight’ sebanyak 6 kali, selain pernah mewakili Malaysia dalam sukan sumo di Jepun selama dua tahun.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...