Rabu, Jun 03, 2015

ABIM dan FGIS Sokong Usaha Galak Keharmonian Antara Agama.

Logo ABIM.
Presiden ABIM:
Cikgu Haji Amidi Abdul Manan
Juga mantan Presiden PKPIM.
Logo FGIS.
I
ABIM Sertai Pelancaran 
“Christians for Peace and Harmony Malaysia” 
di Hotel Majestic, Kuala Lumpur.
“...That’s why I call on you, whether you’re Christians, Muslims... even ABIM is here... and not to forget… Perkasa is here. It’s a good sign. Hopefully Perkasa will tone down a bit...” – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.
Alhamdulillah, pada 2hb Jun 2015, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) bersama Kumpulan  Persahabatan bagi Perkhidmatan Antara Agama (FGIS) telah menyertai pelancaran “Christians for Peace and Harmony Malaysia” di Hotel Majestic, Kuala Lumpur. FGIS merupakan rakan kolaborasi Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), bersama rakan-rakan penganut agama utama di Malaysia.
Presiden ABIM, Cikgu Haji Amidi Abd Manan bersama delegasi Friendship Group Of Interfaith Services (FGIS), sempat menemui Y.A.B Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak, serta menyampaikan mesej agar keharmonian antara agama diperkukuhkan daripada sebarang anasir ekstremisme.  
Penyelesaian hanya sebahagian pertikaian agama kadang-kadang lebih baik daripada tiada penyelesaian langsung dan lebih baik daripada mengambil tindakan undang-undang”, kata DS Najib Razak.
DS Najib berkata, beliau percaya ada penyelesaian kepada setiap masalah, walaupun jawapan itu tidak sempurna. “Kadang-kadang, lebih baik menerima penyelesaian yang 70% daripada tidak mempunyai satu pun. Saya percaya kita tidak perlu mengambil jalan keluar dengan proses undang-undang. Jika ada masalah, duduk dan bawa berbincang, makan besar seperti ini,” katanya disambut gelak ketawa hadirin yang termasuk wakil dari Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) dan Perkasa.
Najib berkata terdapat keperluan untuk membenarkan ruang demokratik dan wacana yang sihat di Malaysia, tetapi ia mesti dilakukan dalam batasan yang tertentu.
Najib berkata, walaupun rakyat Malaysia secara amnya tenang dan damai, ‘suhunya’ kadang-kadang boleh meningkat dengan sangat cepat. Menyifatkan dirinya sebagai seorang yang kuat menganjurkan kesederhanaan, perdana menteri berkata, terdapat mereka yang menyalahgunakan agama untuk keuntungan peribadi yang sempit dan untuk tujuan politik.
Beliau berkata, mereka yang menyalahgunakan agama menjadi fanatik dan berkata, orang seperti inilah yang “kita mesti hadapi, tangani dan tolak habis-habisan”.

II
PM Gembira Kehadiran ABIM dan PERKASA.
Mengakui beliau sangat percaya kepada dialog, beliau melahirkan rasa gembira melihat anggota ABIM dan Perkasa pada majlis makan malam itu. “Kita mesti duduk bersama sesama kita dengan lebih kerap, kemudian barulah anda rasa selesa antara satu sama lain. Oleh itu, saya menyeru kepada anda penganut Kristian dan Islam, saya percaya Perkasa dan ABIM juga di sini, dan saya harap Perkasa boleh perlahankan sikit rentak mereka,” katanya disambut sorakan dan tepukan.
Beliau juga berkata, banyak masalah dibuat dan ditimbulkan sendiri oleh manusia, dan menggesa rakyat Malaysia percaya kepada peluang yang tidak terbatas dan masa depan yang dikongsi bersama di negara ini.
Saya percaya kita boleh merangka takdir kita bersama-sama. Walaupun kita berbeza dari segi latar belakang agama, kepercayaan dan budaya, dan rupa kita tak sama, tetapi kita semua rakyat Malaysia.”
“Tidak sepatutnya terjadi menggelar satu sama lain ‘pendatang’ sebagai contoh,” katanya.
Najib juga memberi komitmen beliau ke arah menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat. “Sebagai perdana menteri anda, saya komited menjadikan Malaysia sebuah negara yang hebat. Saya percaya dalam menyelesaikan masalah, saya tidak percaya dengan pergaduhan,” katanya. Penganut Kristian membentuk kira-kira 9% daripada penduduk Malaysia, atau 2.6 juta orang. 

III
Matlamat Penubuhan FGIS
FGIS yang ditubuhkan pada tahun 2001 merupakan sebuah organisasi yang berusaha untuk merapatkan perpaduan antara kaum dan agama di Malaysia. Organisasi ini berperanan bekerjasama dengan agama-agama utama demi kebaikan negara. FGIS terdiri daripada Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM), Buddhist Maha Vihara, Kumpulan Gereja-Gereja Malaysia, Malaysia Hindu Sangam dan Malaysian Gurdwaras Council (Sikh).
ABIM merupakan salah satu pertubuhan yang menggerakkan FGIS yang mempromosikan keharmonian antara agama menerusi pelbagai aktiviti kemasyarakatan serta kesenian. Matlamat penubuhan FGIS ialah memupuk keharmonian antara agama dan menegakkan nilai manusiawi, iaitu dengan cara membantu golongan yang memerlukan dan menyumbang terhadap pembangunan negara. 

IV
ABIM Anjur Majlis ‘High Tea’ Penghargaan 
bersama Friendship Group of Inter-Religious Services (FGIS).
Terdahulu, pada 31hb Mei 2015, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) telah menganjurkan Majlis ‘High Tea’ Penghargaan bersama Friendship Group of Inter-Religious Services (FGIS) di Kelab Tasik Putrajaya. Para peserta turut berkongsi pengalaman mereka dalam beberapa program yang disertai mereka baru-baru ini. Pelbagai nilai dan kasih sayang yang baik berjaya dipupuk dan disemai atas nama perpaduan.

-------------------------------------------------------
 Sumber dan Pautan:
  1. https://www.facebook.com/ABIM.Malaysia?fref=ts;
  2. http://chedinsphere.blogspot.com/2014/04/wakil-abim-dan-pkpim-dalam-dialog.html;
  3. https://chedinsphere.blogspot.com/b/post-preview?token=sVLJuU0BAAA.isBIwhkyfhpEHNgQbf_3MQ.tXdUtANWr6V7cWFFEeEf0Q&postId=5862840504588188827&type=POST;
  4. http://chedinsphere.blogspot.com/2014/10/abim-meriahkan-futsal-fgis-kukuhkan.html;
  5. http://chedinsphere.blogspot.com/2014/07/abim-dan-ngo-lain-bersatu-zahirkan.html;
  6. http://chedinsphere.blogspot.com/2014/03/abim-anjur-program-kunjungan-mahabbah.html;
  7. http://chedinsphere.blogspot.com/2014/02/diskusi-dialog-antara-agama-di-malaysia.html;
  8. http://www.abim.org.my/berita-program/abim-pusat/item/745-abim-fgis-sokong-usaha-galak-keharmonian-antara-agama.html;
  9. https://www.facebook.com/ahmadfahmi.mohdsamsudin?fref=ts;
  10. http://najibrazak.com/bm/blog/launch-of-christians-for-peace-and-harmony-movement/;
  11. https://www.facebook.com/pages/FGIS-Friendship-Group/372680332768022?fref=ts;
  12. http://www.themalaysianinsider.com/bahasa/article/baik-terima-penyelesaian-tak-sempurna-daripada-tiada-langsung-kata-najib#sthash.AJmhoMz0.dpuf

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...