Jumaat, Jun 05, 2015

Donkey’s Ear Peak Tiada Lagi.


Donkey’s Ear Peak Tiada Lagi.
Awal pagi tadi, gempa bumi sekuat 6.0 skala richter telah melanda melanda Negeri Di Bawah Bayu, Sabah. Antara kawasan yang dilaporkan paling terkesan akibat impak tragedi tersebut ialah Ranau, Tamparuli dan di puncak Gunung Kinabalu.
Sayu bila terbaca bahawa ‘Donkey’s Ear Peak’, gelaran kepada puncak berkembar Kinabalu yang ikonik, telah musnah sebahagiannya akibat gegaran tersebut.
Saya tak pernah mendaki Gunung Kinabalu, tetapi pernah berada di kaki gunung tersebut sewaktu bercuti dengan isteri di sana baru-baru ini. Semoga seluruh yang terlibat dalam keadaan selamat.
Berkebetulan, ditakdirkan bahawa peristiwa ini berlaku tidak lama selepas sekumpulan pelancong asing bergambar sambil berbogel di puncak gunung tersebut. Nyata, satu tindakan yang biadab dan tidak bermoral.
Hari ini, Malaysia berduka.
.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...