Isnin, Jun 22, 2015

COACH MAN TURN KEMBALIKAN NOSTALGIA ERA 90AN.


COACH MAN TURN KEMBALIKAN NOSTALGIA ERA 90AN.
29hb Mei 2015 (Jumaat): Penyerang legenda kebangsaan, Coach Man Turn (Azman Adnan) telah beraksi dalam Perlawanan Amal antara Selangor Elite FC (Bekas Pemain Selangor) lawan Ex-Kelantan Team FC. 
Antara yang hadir pada malam tersebut ialah YB Amirudin Shari, YAM Tengku Haji Shakirinal Shah, Shahril Arsat, Zuraimi Hassan, Zami Mohd Noor, Fahmi Isa, Lim Chan Yew, Fairuz Montana, Alistair Edwards, Yap kam Choon, dan Nazzab Hidzan (sekadar menyebut beberapa nama). 
Dalam perlawanan yang berlangsung di Stadium MPSJ ini, Coach Man Turn membuat kejutan apabila memilih untuk beraksi bersama pasukan Ex Kelantan. 
Perlawanan ini adalah untuk mengumpul dana buat Pusat Tahfiz Maahad Tarbiyah Islamiah Al-Ansar, yang dilanda bencana alam baru-baru ini.
Dalam perkembangan lain, buku biografi “Azman Adnan: Ini Ceritaku” telah diserahkan ke Pusat Penyerahan Terbitan Negara, Perpustakaan Negara Malaysia. Semoga lebih banyak usaha dilakukan untuk menghargai tokoh di Malaysia dalam apa jua bidang, semasa mereka masih lagi hidup.
Bersama martabatkan jersi serta liga tempatan kita. Man Turn; Man Score. Padu dan Grande; selamanya!

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...