Isnin, Jun 22, 2015

Terima kasih, terima kasih, terima kasih.


 



Terima kasih, terima kasih, terima kasih.
Alhamdulillah, terima kasih yang tidak terhingga buat Uncle Raja -- yang baik hati, sebab sudi hadiahkan saya ‘template home’ jersi Malaysia 1997.
Tambah terharu, bila sahabat saya, Bro Nornizam Yusof pula hadiahkan ‘template’ jersi yang hampir sama dengan ‘away’ Malaysia 1997. Terima kasih, Boh.
Rezeki Ramadhan yang menggembirakan.
Untuk rekod, baru-baru ini wajah Bro Nizam telah muncul dalam akhbar The Star, ketika sesi menandatangani MOU antara The Malaysian Nature Society (MNS), Naza TTDI Sdn Bhd dan Star Media Group Bhd. Kerjasama besar telah dijalinkan antara ketiga-tiga pihak ini bagi memulihara kawasan tanah lembap yang ikonik bagi memastikan ia diiktiraf selaku tapak Ramsar.  
Menyedari pentingnya tanah lembap dan paya bakau, Malaysia mempunyai dasar yang jelas untuk melindungi dan memulihara sumber ini. Malaysia telah mengambil segala langkah yang sewajarnya termasuk menyertai Ramsar Convention pada 10 Disember 1994.
Ramsar bermaksud senarai tanah lembap yang dipersetujui melalui Konvensyen Tanah Lembap yang diadakan di Ramsar, Iran pada tahun 1971. Konvensyen antarabangsa mengenai tanah lembap ini telah ditandatangani di Ramsar, Iran pada 2hb Februari 1971 dan mula berkuatkuasa pada 21hb Disember 1975.
Ia menyediakan rangka kerja bagi tindakan peringkat kebangsaan, serantau dan antarabangsa bagi penggunaan lestari dan pemuliharaan tanah lembap serta sumber-sumbernya.
Setakat ini, Konvensyen RAMSAR dianggotai oleh 154 Negara Ahli dengan 1641 kawasan tanah lembap seluas 146 juta hektar yang dikenal pasti untuk disenaraikan sebagai tanah lembap RAMSAR.

.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...