Logo Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM). |
Damai... Subhanallah. |
Ahmad Ammar Ahmad Azzam, pejuang berjiwa besar. |
Gambar ucapan Aidiladha yang dikirimkan oleh Allahyarham buat sahabat dan keluarganya di Facebook. |
Segak, pendiam tetapi mesra. |
Gambar Ammar (kanan-berbaju biru), ketika kecil. |
Ketika zaman sekolahnya. |
Ammar merupakan pelajar terbaik SPM 2010, Maktab Tentera Diraja (MTD-RMC). |
Keluarga bahagia. |
Dua pejuang, satu cita-cita. |
Ammar gemar menyertai misi dan program yang dianjurkan oleh PKPIM-ABIM-WADAH setiap kali ada kelapangan. |
Disenangi sahabat dan taulan. |
Gemar membantu ibunya. |
Puan Azlina kelihatan sangat tabah, di sisi keranda yang menyimpan jenazah Ahmad Ammar. |
Ramai rakyat Turki yang menghadiri majlis solat jenazah dan pengebumian Ammar. Subhanallah. |
Kenderaan yang membawa jenazah Ammar. |
Ammar dikebumikan bersebelahan perkuburan para syuhada dan sahabat Nabi SAW. |
Sekitar majlis pengebumian Ammar. |
Ammar dalam kenangan. Al-Fatihah. |
Antara kata-kata memperingati Ammar yang tertulis di kampus Allahyarham. |
Salam.
Warga
besar PKPIM-ABIM-WADAH dan rangkaiannya mengucapkan takziah atas kembalinya ke
rahmatullah, sahabat kita Saudara Ahmad
Ammar bin Ahmad
Azam Ab Rahman, yang merupakan anak kepada Tuan Hj Ahmad Azam Ab Rahman, mantan
Presiden ABIM dan Timbalan Presiden WADAH. Ammar merupakan seorang ahli dan aktivis ABIM di Turki yang aktif. Beliau meninggal di Istanbul, yang kini berada di
sana kerana mengikuti pengajian peringkat ijazah.
Anak
lelaki tunggal Tuan Hj Ahmad Azam ini telah kembali ke rahmatullah akibat
kemalangan jalan raya di Istanbul. Semoga ALLAH mencucuri rahmat kepada roh
Allahyarham dan dikurniakan ketabahan dan keredhaan kepada Tuan Ahmad Azam
sekeluarga. Seluruh warga PKPIM-ABIM-WADAH amat merasai kehilangan beliau yang
merupakan permata bagi perjuangan Islamiah ini. Allahyarham adalah bintang yang
berpotensi untuk bersinar pada masa akan datang.
Ammar
merupakan pelajar terbaik SPM 2010, Maktab Tentera Diraja (MTD-RMC) dan sedang
melanjutkan pengajiannya di Turki dalam bidang Sejarah. Anak yang dipersiapkan
oleh kedua ibu bapanya untuk menjadi mujahid dakwah telah dipanggil oleh Penciptanya
pada 2hb November 2013. Hanya kepada ALLAH kita berserah segalanya dan
mudah-mudahan ALLAH merahmati dan memberi ganjaran yang setimpal kepada kedua
ibu bapanya yang ‘menyerahkan’ kembali anakanda mereka dengan penuh redha.
Amin.
Ahmad
Ammar adalah seorang anak muda yang baik. Jarang dapat ditemui anak muda
sepertinya. Tekun dan berdisiplin, taat dan bercita-cita tinggi. Tidak banyak
bersuara di depan ramai. Pandai menempatkan diri di tengah khalayak. Dan paling
menyentuh perasaan ialah bila mengingatkan perilakunya yang penuh sopan dan
sikap hormatnya kepada yang lebih dewasa. Semoga Allahyarham menjadi penuntun
ibu bapanya ke syurga.
Allahyarham Ahmad
Ammar, bersemadilah engkau di sana. ALLAH menyayangimu. Sungguh, hidupmu
bersama perjuangan, matimu pula ketika dalam perjuangan, ditakdirkan ALLAH,
jasadmu juga bersama para pejuang-pejuang agama ALLAH yang mati mereka juga di
dalam perjuangan.
Hidup
dikelilingi orang-orang soleh, mati pula bersemadi jasadnya dikelilingi jasad
orang-orang soleh. Takdir ALLAH buat hamba-NYA yang terpilih. Hanya ALLAH yang
lebih mengetahui akan hikmah sesuatu peristiwa.
Di Istanbul,
Eyub merupakan tempat letaknya Maqam Abu Ayyub al-Ansori, sahabat Nabi yang
mulia. Merupakan sebahagian daripada pahlawan Islam daripada angkatan pertama
tentera kaum muslimin di dalam cubaan menakluk Kota Konstantinopel.
Buat
anak-anak muda di luar sana, sempena tahun baru hijrah ini, jika tidak dapat
berazam jadi orang soleh, sekurang-kurangnya. berazamlah untuk dekat dengan
orang-orang soleh. In sya ALLAH, akhir hayat kita akan diiringi oleh
orang-orang soleh, didoakan ruh kita oleh orang-orang soleh. In sya ALLAH,
semoga kita juga akan ditempatkan dalam kalangan orang-orang soleh.
Di
bumi yang asing, pemergiannya dihadiri ramai. Beliau telah dikebumikan di
sekitar maqam sahabat Rasulullah SAW, Abu Ayub Al-Ansari. Selamat bertemu Maha
Pencipta saudaraku Allahyarham Ahmad
Ammar.
Jenazah
Allahyarham Ahmad
Ammar bin Ahmad Azam disolat dan dikebumikan di Masjid Ayub Sultan,
Istanbul Di sana juga terdapat maqam sahabat Rasulullah S.A.W yakni Abu Ayub
Al-Ansari R.A.
Awal Muharram di Turki, Ammar disemadikan di Eyub Sultan disaksikan ramai
pelajar Risalah an Nur di ketuai Hoca Said Nuri, pemimpin utama Hayrat Vakfi. Hoça
Said Nuri, pemimpin spiritual gerakan Heyrat Vakfi turun untuk bersama Tuan
Haji Ahmad
Azam Ab Rahman dan isteri, Puan Hajjah Nur Azlina berserta
anak-anak muridnya dalam majlis pengebumian Allahyarham Ahmad
Ammar.
Perkuburan
Eyub Sultan tempat Ammar disemadikan menghadap Laut Golden Horn. Tanah perkuburan
yang menempatkan lebih 60 orang para sahabat Nabi SAW, awliya, panglima
Uthmaniyyah dan orang ternama. Takdir ALLAH, Dato Bandar Eyub beri pengecualian
rakyat Malaysia pertama ini. Subhanallah. Peristiwa bersejarah ini pasti mempunyai signifikan sejarah buat hubungan dua hala bangsa Melayu-Turki dan Islam untuk menjadi lebih sakti. Tidak lupa juga jasa hubungan dua hala ABIM dan Hayrat
İnsani Yardım .
Perancangan
ALLAH SWT.
Bersama
menegakkan kebenaran dan memperjuang keadilan.
Allahummaghfirlahu
Warhamhu Wa ‘Afihi Wa’fu ‘anhu.
Al-Fatihah
untuk Allahyarham.
Salam.
HAJI AMIDI ABD MANAN,
Presiden ABIM.
HAJI AMIDI ABD MANAN,
Presiden ABIM.
----------------------------------------
Sumber dan rujukan:
- https://www.facebook.com/suhail82;
- http://saifulislam.com/2013/11/ammar-antara-tadbir-insani-dan-takdir-ilahi/;
- https://www.facebook.com/muhd.a.asyraf.12;
- https://www.facebook.com/abuakhyar.alqudsi?ref=ts&fref=ts;
- https://www.facebook.com/rosma.tazilah;
- https://www.facebook.com/muhammad.i.arifin.7;
- https://www.facebook.com/FrdNrKrhn.
Mari kita do'akan arwah;
BalasPadam(rujuk 4 ayat akhir surah al-Fajr)
يَـٰٓأَيَّتُہَا ٱلنَّفۡسُ ٱلۡمُطۡمَٮِٕنَّةُ (٢٧
ٱرۡجِعِىٓ إِلَىٰ رَبِّكِ رَاضِيَةً۬ مَّرۡضِيَّةً۬ (٢٨
فَٱدۡخُلِى فِى عِبَـٰدِى (٢٩
وَٱدۡخُلِى جَنَّتِى (٣٠
Ameen3 ya Rabb
Subhanallah gaya muka orang2 yang syahid.
BalasPadamInnalillah wa inna illahi rojiun. Surely we belong to Allah, and to Him we shall return. Bertabahlah keluarga Arwah. Sesungguhnya tiada yang kekal di dunia ini.
BalasPadamSungguh menyentuh , memberi satu isyarat kepada kita untuk TERUSKAN PERJUANGAN !!
BalasPadamPada pendapat saya, tidak elok letak gambar arwah (dlm kain kapan) di laman web ini. Ia akan menyentuh perasaan ahli keluarga arwah kalau terjumpa website ini. Saya fikir adalah tanggungjawab kite semua untuk menghormati maruah org lain.
BalasPadamsaya setuju.. seharusnya kita menghormati keluarga almarhum..
PadamBukan begitu. Paparan gambar arwah (dlm kain kapan) pada pandangan saya bukannya bermaksud tidak menghormati org lain/keluarga beliau, sebaliknya memberi semangat utk kita agar meneruskan perjuangan beliau..
PadamSalam.
PadamKebanyakan gambar dalam entri ini saya salin dan tampal daripada akaun Facebook ibu dan bapa As-Syahid Ammar.
Bukan saja gambar, malahan juga, ada video berkenaan beliau yang dikongsi di laman Youtube.
Semuanya adalah berlandaskan izin keluarga Almarhum.
Harap maklum.
Terima kasih buat semua yang sudi membaca entri ini.
Semoga iltizam Ammar akan terus hidup dalam jiwa dan sanubari kita semua, in sya ALLAH.
saya setuju che din. gambar tersebut bukan gambar yang mengaibkan dan membawa malu. tetapi bertindak sebagai pembakar semangat supaya semua kita berusaha menjadi salah seorang insan terpilih seperti beliau. insyaallah..
Padamkeluarga almarhum telah memberikan izin. trima kasih :)
BalasPadamSubhanallah rahsiaNya . Semoga kita teruskan perjuangan Almarhum Demi Islam Agamaku.
BalasPadamSubhanallah..sungguh istimewa anak ini...Moga syurga lah tempatnya
BalasPadam