Khamis, November 07, 2013

Pendaftaran Pelajar TASKI ABIM Taman Pesona Mekar Sungai Merab.



Logo TASKI ABIM.


Almarhum Ustaz Niamat Yusof, Yang Dipertua ABIM Kedah yang 
pertama dan antara pengasas terawal Taski ABIM dan Maahad Derang. 
Selain Ustaz Niamat, turut terlibat ialah Dr Abdul Rahman Kurais, Tuan Haji Ahmad Said, Dr Ghazali Basri, Dr Abdul Halim El-Muhammady, Saudara Ismail Yusof, Saudara Che Yob  Mahmood, Saudara ‘Abah’ Zahidin Mahmood, Saudara Anuar Tahir, 
Saudara Annuar Salleh dan ramai lagi. Al-Fatihah.
Sekitar Temasya Sukan salah-sebuahTASKI ABIM.
Suasana Majlis Konvokesyen salah-sebuah TASKI ABIM.
Anak-anak Taski ABIM yang comel, bersama
impian mereka. Dari kiri: jururawat, doktor, peguam syarie,
arkitek, tentera, guru, Imam Muda dan MasterChef. 
-----------------------------------------------------
Oleh sebab itulah, pada pandangan saya, ibu bapa yang inginkan anaknya cemerlang dalam pelbagai aspek kehidupan, iaitu bersesuaian dengan kefahaman kita bahawa Islam itu sebagai satu cara hidup, tidak ada jalan mudah selain daripada kita sendiri perlu juga cemerlang - melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan yang mendalam serta menguasai kemahiran dalam mendidik anak-anak.”
-- Cikgu Radin Imaduddin Radin Abdul Halim, YDP ABIM Kuala Langat.
-----------------------------------------------------
Iklan promosi pendaftaran
TASKI ABIM An-Najah, Taman Pesona Mekar Sungai Merab.
Salam.
Tawaran kerja kosong untuk menjadi warga pendidik TASKI ABIM An-Najah
Pihak Pengurusan Taman Asuhan Kanak-Kanak Islam (TASKI) Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) sedang mencari Guru TASKI yang berkelayakan untuk menjadi tenaga pengajar di TASKI-ABIM An-Najah, Taman Pesona Mekar Sungai Merab.
Syarat-syarat kelayakan ialah:
  1. Berumur 19-35 tahun;
  2. Perempuan;
  3. Berminat dan mempunyai bakat dalam mendidik/bidang pendidikan;
  4. Berminat untuk menyantuni kanak-kanak;
  5. Keutamaan pada yang berpengalaman dan latar belakang berpendidikan agama;
  6. Sedia menerima amanah dan mahu belajar;
  7. Gaji, KWSP, SOCSO dan pengesahan disediakan.

Pendaftaran Pelajar
Kepada para ibu bapa, pendaftaran dibuka sekarang untuk kemasukan pelajar-pelajar TASKI-ABIM An-Najah, Taman Pesona Mekar Sungai Merab.
Untuk maklumat lanjut, sila hubungi:
Cikgu Din (019-650 6553) dan/atau
Puan Suhaila (019-654 6553).

Terima kasih dan harap maklum. 

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan

  Dr. Zulkifli Hasan: Menjambatani Persaudaraan, Menyubur Kesejahteraan   Oleh: Zairudin Hashim (Ahli Dewan Tertinggi Majlis Belia M...